-antara BAHAGIA dan TANGISAN-


jangan pernah menyesal dengan tangisan yang keluar..sebab mungkin disebalik tangisan itu ada keindahan yang akan menjelma..bukan kebahagian sementara yang kita cari tapi kebahagian untuk selamanya..dalam kehidupan pun ada gula dan garam bukan..malah ditambah dengan kopi..jadi pahit, masam, masin dan manis dalam kehidupan itu sudah menjadi lumrah..kita manusia biasa..sebesar mana pun pangkat kita air mata tetap pernah mengalir..baik lelaki mahu pun perempuan..ah lelaki..walaupun egomu setinggi gunung namun bisa juga mengalirkan air mata walaupun setitis..jangan menidakkan sesuatu yang sudah menjadi lumrah..kadang kala tangisan itu dapat melegakan hati dan jiwa kita..

menangis lah sepuasnya..jangan disekat atau dihalang air mata yang ingin mengalir..walaupun terpaksa menangis di bawah titisan air hujan atau yang paling mudah di bawah pancuran air di bilik mandi..konsepnya tetap sama..tujuannya juga tetap sama..supaya tiada siapa melihat air mata kita mengalir membasahi pipi..betulkan..jadi menangislah kalau ianya dapat mengubati hati dan jiwa yang lara..menangislah kalau ianya dapat menjadi terapi dalam hidup kita..tapi jangan sesekali menangis sepanjang hayat hidup kita..apa-apa pun kehidupan mesti diteruskan..patah tumbuh hilang berganti..cuma kita berfikir secara positif dan ingatlah semakin kita mendapat halangan dan pelbagai dugaan datang melanda semakin dekat kebahagiaan itu menghampiri..jadi apa yang patu buat adalah SABAR dan TAWAKAL..jumpa lagi..


5 comments:

  1. wanita barat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

    Read more: mana lebih sukar? membaca hati wanita atau membaca hati lelaki.. | AZIZUL HAKIM http://azizulhakim91.blogspot.com/2011/10/mana-lebih-sukar-membaca-hati-wanita.html#ixzz1fdQdQ5z1

    ReplyDelete
  2. betul tu.. mungkin ada hikamah di sebalik air mata tu..

    ReplyDelete
  3. bersabar selagi mampu,jangan lupa berdoa kepadaNya..insyallah pasti ada jalannya..

    ReplyDelete
  4. cik sakura jangan lah sedih2 lagi ya.. ceria2 kan la diri sntiasa.. (",)

    ReplyDelete
  5. @azizul
    cik sakura dah baca..hmm..lepas menangis mungkin kita jadi lebih kuat untuk teruskan kehidupan..kiranya airmata tu menjadi tempat melpaskan beban di bahu yang sedang dipikul..opss..hmm

    @kajaharuna
    yup..

    @Woofer Storm
    insyaALLAH

    @Gen2Merah
    xboleh lar..ada je..

    ReplyDelete