-salam maal hijrah 1432-


salam maal hijrah
dari cik sakura
untuk semua
semoga lembaran baru kali ini
penuh pengisian yang sempurna
apa yang berlaku
dijadikan pedoman dan tauladan
semoga tahun baru ini penuh keberkatan untuk diri ini dan anda semua
mana yang kurang ditambahkan
mana yang xelok diperelokkan
mana yang terlepas diperolehi semula
semoga ada sinar baru untuk tahun ni
-amin-

sedikit nota
1 Muharam
khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dal hijrah

10 Muharam
hari 'ASYURA' di mana berlaku peristiwa penting antaranya:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan dalam banjir besar.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat dan hujan.
15. Allah menjadikan 'Arasy dan Luh Mahfuz.
16. Allah menjadikan Malaikat Jibril dan Nabi Isa diangkat ke langit.
17. Syahidnya cucu kesayangan Rasulullah, Saidina Husin R.A. di Karbala

amalan yang disunatkan
  • berpuasa
disunatkan berpuasa di mana ada hadis mengatakan barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahala seumpama berpuasa 30 tahun.barang siapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Muharam iantu khamis, jumaat dan sabtu, ALLAH tulis padanya pahala seperti beribadat selama 2 tahun
  • banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya
  • berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3 kali
  • berdoa awal tahun pada 1Muharam selepas Maghrib sebanyak 3 kali

<cik sakura berkongsi sedikit pengetahuan dari seorang sahabat..terima kasih banyak2..ketenangan yang dicari..insyaaallah..semoga segalanya dipermudahkan..segala yang baik adalah dari NYA dan segala yang tidak elok mahupun buruk datang dari kekhilafan diri ini..>


No comments:

Post a Comment