-apa gunanya indah pemandangan kalo kita terkurung di dalam sangkar-


cantikkan sangkar di atas
indah dimata
selesa
elok dihiasi cantik
sedap mata memandang
tapi
apa gunanya
kalo hanya dapat melihat permandangan luar
menerusi tiang2 besi
macam dalam PENJARA
tapi
penjara yang mewah
tiada seksaan fizikal
cuma 'sedikit' seksaan mental
xmengapa
orang yang menyeksa itu xde perasaan
jadi mereka buat apa yang mereka suka
sedangkan yang diseksa
merintih dalam diam
airmata jadi teman
biar jatuh membasahi pipi
biar kering tanpa sesiapa yang sudi mengelapkan titisan itu
sebab
mereka hanya pentingkan diri sendiri
takut jatuh nama
hilang status
dipandang hina oleh teman2
hilang pergantungan
takut hilang wang tanggungan selama ini
disebabkan dendam
sakit hati
kecewa
terasa ingin membalas
tapi
siapa yang menjadi mangsa
bukan golongan penyeksa
tapi makhluk tuhan yang kecil ini
diseksa dengan kejam
menurut kata hati mereka
menurut perintah mereka
walaupun hati memberontak
namun
untuk bersuara
jauh sekali
mereka hanya pentingkan diri mereka sahaja
SELFISH
sangat
tapi diorang xsedar
atau
pura-pura xsedar
sebab diorang hanya pentingkan diri mereka
xtau ke
hati yang menanggung ini sakit
sakit dengan perbuatan diorang
sakit dengan ego diorang
sakit dengan kekejaman diorang
sakit dengan kepura-puraan diorang
sebab
diorang hanya pentingkan diri masing2
benci dengan semua ini
sampai bila harus sabar
sampai bila
sampai keluar airmata darah
sampai bila nak tanggung semua ini
xboleh bersuara
xboleh berbuat apa2
hanya tunduk diam
semata2 rasa hormat
tp kenapa dibuat macam ni
seolah-olah macam pesalah
yang menunggu hari untuk digantung
sedangkan tiada kesalah yang dibuat
tp kerana EGO mereka
sampai bila
sampai bila harus berdiam
sampai bila nak sabar
sampai bila nak tunggu
ya allah
bantulah hambamu ini
sesungguhnya hambamu ini
sudah tidak kuat untuk meneruskan perjalanan hidup ini
terlalu banyak dugaan dan halangan
tanpa ada sedikit senyuman pun yang hadir
hambamu ini
memohon keredhaan dariMU
amin


alangkah indah kalo boleh terbang bebas
tapi masih diatas landasan yang betul
mencari hak dan tanggungjawab sendiri
dan juga kebahagian
tapi
adakah semuanya itu dapat dikecapi
mungkin ya
mungkin tidak...


No comments:

Post a Comment