-cik sakura kena PAKSA KAHWIN-

PAKSA KAHWIN..adoi..terdiam seketika bila kawan-kawan suruh cik sakura kahwin untuk mengelakkan masalah berlarutan..ye bila sudah ada orang naik minyak dan mula menabur minyak macam-macam boleh terjadi..alamat gaya kena parang juga cik sakura kat sini..owh ye..tempat cik sakura ni majoriti orang-orang lama..oldskol..maklum saja la ibu pejabat..ibu pejabat mana nak orang muda sangat..semua diorang hantar ke daerah-daerah..kalau muda pun hanya perempuan sahaja..lelaki jangan harap la..seminggu je lepas tu dah dapat arahan pergi masuk kampung..hmmm..

berbalik keadaan pejabat cik sakura..majoriti orang lama..mesti banyak makcik-makcik..dan tidak dilupakan pakcik-pakcik..majoriti pengurusan tertinggi adalah orang-orang lama yang menunggu masa untuk pencen..owh itu tidak langsung menjadi masalah pada cik sakura..dan sekarang aktiviti menambah cawangan pula sedang giat dijalankan..macam penyakit berjangkit..sorang-sorang mula buat tambahan cawangan..ada yang tak paham ke..maksud cik sakura mereka dah mula pasang bini dua..sekarang dah ramai tempat cik sakura berbini dua..ada yang berbini empat tapi masih menggatal jugak..nak kira gelaran masyaALLAH terkedu pula cik sakura mendengar..ini tiada kaitan dengan SHAM KAMIKAZE tu ye..memang betul2 'kamikaze' sebab berani buat cawangan baru tanpa pengetahuan isteri pertama..

apa kaitan dengan cik sakura..sekarang gosip cik sakura dah semakin menular..sampai makcik-makcik cleaner pun tahu..dan sekarang diorang dah mula perli cik sakura..nak tahu perli apa.."AWAK MANA NAK NAIK KERETA SAYA..AWAK PILIH YANG ADA MERCEDES JE"..sentap hati cik sakura dengar..ye akui cik sakura selalu keluar makan dengan mentor cik sakura (bukan program mentor tv3) tapi keluar sekadar makan tengahari dan bukan berdua ramai lagi..tapi cik sakura yang kena..sekarang ada sorang bos dah mula tarik muka dengan cik sakura..bayangkan kerja satu tempat..dengan orang lain dia gelak ketawa tapi bila nampak cik sakura terus diam membisu dan tarik muka..apa salah cik sakura..payah betul bila orang tua merajuk..

sekarang cik sakura disuruh kahwin untuk selesaikan masalah..ingat kahwin ni sehari dua ke..adoi..kahwin pun kena kerja juga tempat yang sama..lain la kalau disuruh cik sakura duduk rumah goyang kaki..hah..jangan harap la..sampai ada yang suruh cik sakura mandi bunga..sebab kesian tengok cik sakura tak habis dilanda masalah..sampai macam tu sekali..hmm..rasa nak pergi bercuti tenangkan fikiran..kawan cik sakura pergi KOREA cik sakura nak pergi mana ye..pergi kutab utara boleh tak..hmmm..


selamat hari lahir buat seseorang yang pernah cik sakura sayang..perhubungan yang singkat..kurang dari setahun..namun impak yang di beri sangat besar dan bermakna..terima kasih di atas segala nasihat yang diberi..ingat kata-kata si dia dulu 'JANGAN SEKSI SANGAT..BIARLAH HANYA JADI PERHIASAN UNTUK MATA SUAMI'..jadi cik sakura berubah..bukan untuk dia tapi demi TUHAN yang memberi cik sakura satu lagi peluang untuk hidup..alhamdulillah..perubahan itu kekal sehingga kini..cuma jodoh kami tak panjang..

kini cik sakura hanya mampu mengucapkan kata-kata ucapan dari jauh..takut ada insan lain yang akan menimbulkan 1001 macam cerita..biarlah detik-detik manis itu cik sakura simpan untuk selamanya..dan buat ABANG, selamat hari lahir cik sakura ucapkan..cik sakura tak pernah lupa tanggal 20 APRIL..selamat hari lahir sekali lagi..semoga bertemu dengan seseorang yang amat memahami diri abang dan menjadi tulung rusuk kiri abang buat selamanya..insyaALLAH..





-LUKA dan LEMON-


apa lagi cik sakura nak cakap..jumaat hari yang mungkin dapat memberi ketenangan tapi sayang ketenangan telah diragut akibat sikap dengki dan iri hati..orang akan cuba mencari pelbagai isu untuk menambahkan luka seseorang..kerana mulut mereka badan orang lain yang binasa..

ya..terima kasih banyak-banyak..jangan sebab cik sakura tak layan maka anda sesuka hati menabur fitnah..bukan sahaja fitnah malah isu kecil pun nak diperbesarkan..tidak mengapa..sebab cik sakura tahu kalian sangat menyayangi diri ini..sebab itu kalian tidak habis berkata-kata..ada sahaja yang nak diperkatakan..kenapa nak jaga tepi kain cik sakura ye..kain cik sakura tidak pernah terkoyak..nak rasa sup kasut tumit tinggi tak..memang sedap untuk santapan tengahari nanti..

sekian..mood lari ke laut..sedapkan bila luka pastu kita perah dengan perahan jus lemon..memang sedap..terima kasih kepada kalian sebab berjaya buat luka semakin bertambah teruk..


-GARAM KASAR ditabur kembali..SAKIT-


macam-macam jadi minggu ini..tapi alhamdulillah cik sakura berjaya mengharungi segala dugaan itu dengan tabah walaupun berat hati untuk terima..ye sangat berat bila diri ini dipanggil KEKASIH GELAP..walaupun cik sakura tak gelap..yelah mana orang tak berkata bila ke hulur ke hilir berdua dengan bos..lepas tu naik kereta cik sakura berdua pergi mesyuarat..orang mula la nak mengata walaupun hakikatnya mereka tidak tahu apa yang telah berlaku..orang hanya tahu bercakap apa yang mereka lihat tanpa banyak perlu berkata-kata..maka timbul gosip-gosip liar yang dibuat oleh spekulasi mereka sendiri..mereka inilah wartawan MELODI yang tidak bertauliah..

cik sakura terpaksa..bukan hendak sangat berdampingan dengan bos tapi apa cik sakura buat hanya berkaitan dengan kerja..kalau bukan kerja memang cik sakura tak akan berada dengan bos..penat dengan umpatan orang..bila dah rapat dengan bos mesti orang mula mengata..habis diorang tak tahu ke perasaan orang yang diorang mengata tu..boleh sakit jiwa dibuatnya..namun jawapan yang paling popular diberi oleh sahabat cik sakura adalah SABAR..

sehingga kini gosip masih berterusan..namun apakan daya..mulut tempayan boleh cik sakura tutup..ini mulut makcik-makcik..ingatkan golongan perempuan je yang mengata golongan lelaki pun nak bersuara juga ye..namun cik sakura bersyukur orang-orang yang satu bahagian dengan cik sakura sangat memahami..baik lelaki mahu pun perempuan..cik sakura hormat sangat dengan mereka yang lebih tua dan berusia dari cik sakura tapi tolonglah hentikan apa yang mereka kata itu..sesungguhnya apa yang dikatakan itu adalah tidak benar..hmmmm...

p/s: sangat memerlukan mama disaat ini..



-BIBIR MERAH..bos tegur-

bos mesyuarat..tadi cik sakura baru tolong isikan pendaftaran kemasukan universiti untuk anak bos cik sakura..ok lar bos tak reti jadi cik sakura tolong bantu dia..opss..silap besar..pagi2 bos dah mengadap cik sakura minta tolong isikan permohonan kemasukkan ke IPTA..ok..pagi2 dah ada keja..cik sakura ni dah macam personal assistant atau PA dia plak ye..padahal tak pun..sekarang dah selesaikan tugasan pertama..

masuk tugasan kedua..owh cik sakura kena buat buku lawatan untuk MENTERI PERTANIAN..bila menteri nak datang segalanya nak sempurna..itu arahan pengarah..dan bila pengarah dah mengarah jadi orang bawah kena mengikut arahan..dah dalam surat rasmi pun tulis SAYA YANG MENURUT PERINTAH..hah jelas lagi bersuluh bila kerja kerajaan ni..maka golongan yang melaksana dan terlaksana ni mesti lar buat apa yang disuruh..tak gitu mak jemah oii...jadi cik sakura pun kena lar buat walaupun esok lusa bukan nama cik sakura yang naik tapi nama BOS yang naik..adat la tu kan..kena dahulukan yang lebih senior..lalala..mak jemah ok x..cik sakura ok je..

masuk tugasan ketiga..tak sempat masuk pun..bos cik sakura tanggalkan cermin mata dia..bukan tanggalkan baju ye..kalau tanggal baju mesti cik sakura dah cabut lari..mak jemah mesti suka kan..opppsss..bos cakap 'AWAK PAKAI GINCU WARNA MERAH APA YE'..hah ni dah melampau..dah sah2 dia pandang bibir cik sakura..bos teringin nak makan kasut tumit tinggi ke..apa lagi cik sakura terus senyum dan berlalu pergi..macam ayat novel plak..ye cik sakura tak jawab soalan dia..cik sakura senyum dan minta izin untuk sambung kerja..

kesimpulannya bos cik sakura tenung bibir kot..bukan tenung muka..sebab dia cakap warna merah lain..siap tanya jenama apa lagi..eeee..mak jemah suka warna merah jugak ke..lalala..

*MAK JEMAH- wartawan tak bertauliah MELODI..