-pisang oh pisang-

selama ni main makan je pisang..kita tak tahu jenis pisang kan..jadi malam ni cik sakura nak tunjukkan beberapa jenis pisang yang ada..walaupun bentuknya hampir sama dan serupa cuma yang membezakan adalah nama..

pisang emas..saiz buah adalah kecil tetapi rasanya sedap berbanding pisang yang lain..berwarna kuning keemasan, mudah lebam dan bertukar menjadi kehitaman..pokok pisang emas kecil sahaja..

pisang embun..dikenali sebagai pisang bunga juga..berbentuk panjang dan berwarna hijau pada permulaannya dan bertukar menjadi warna kuning pucat..

pisang rastali..bukan pisang bertali ye..namanya rastali..bersaiz sederhana..kulit berwarna kuning dan agak kasar dan terdapat bintik-bintik hitam dan coklat dipermukaan kulit..mudah dikupas..isinya berwarna putih atau krim pucat..

pisang kaki..berbentuk bulat..berisi rangup..dan mempunyai biji di dalamnya..nama je pisang..tapi bukan bentuk pisang..lalala..

macam-macam jenis pisang ada..pisang berangan, pisang masak hijau, pisang raja, pisang tanduk, pisang nipah dan pisang awak..ada satu pisang yang tidak boleh dimakan ialah pisang raja udang..hah jangan tanya cik sakura kenapa tak boleh makan ye..sempena cerita pisang ni cik sakura ada satu pantun..

pisang emas di bawa belayar
masak sebiji di atas peti
hutang emas boleh dibayar
hutang budi di bawa mati

p/s: kesian tak dapat makan pisang emas kan..sebab dah di bawa belayar..ahaks..lalala

-sumber pertanian-


8 comments:

  1. nana suka makan pisang,nyamuk suka gigit orang yang suka makan pisang.

    ---> nyamuk suka gigit nana.. :)

    ReplyDelete
  2. @nana riduwan
    yeke..pertama kali cik sakura dengar nyamuk suka gigit orang yang suka mkn pisang..hee

    ReplyDelete
  3. dni baru sekali try pisang kaki. best juga :)

    ReplyDelete
  4. @Ardini Humaira
    yeke dini..cik sakura tak tahu peanh makan ke tak pisang kaki..

    ReplyDelete
  5. wah.. yg last sekali tu festime dgr n tgk.. ada gak eh pisang bulat..

    ReplyDelete
  6. @amiraliyana
    yeke..jarang orang dengar pisang bulat kan..

    ReplyDelete