-kalau DIA baca-

sebelum tidur cik sakura nak coretkan sesuatu di sini..tiada apa yang indah namun terpaksa akur dengan segalanya..memang perit tapi inilah kenyataan..nak atau tidak cik sakura harus pasrah seperti nyanyian erra fazira..kini aku pasrah dengan segalanya..opps nanti hujan plak malam ni kan..

sekarang cik sakura berada di hotel..hotel mana biarlah rahsia..cik sakura tengah bercuti bersama keluarga..sekarang semua orang tengah diulit mimpi..lepas mandi cik sakura ingat boleh tidur tapi rupa-rupanya tak boleh senah..jadi dari buang masa dan pening tengok emel yang menimbun tu baik cik sakura coretkan sesuatu di sini bukan..opps untuk yang kedua kali..panjang betul mukadimah..

hmm..kalau dia baca entry ini cik sakura nak cakap yang cik sakura dah letih dengan apa yang terjadi..susah nak puaskan hati orang..dan kadangkala kita pun susah nak puaskan diri sendiri..maksud puaskan diri sendiri iaitu ingin memcapai matlamat yang ingin kita capai tapi terlalu banyak halangan..mesti tak puaskan..jadi itu lah yang cik sakura nak cakap..buat masa ini baiklah berdiam diri..itu cara terbaik..kalau ego mengatasi segalanya itu bukan diri cik sakura..kalau ego mana mungkin cik sakura dapat memaafkan kesilapan dia itu kan..hmm

kalau dia baca juga anggap sahaja ini kali terakhir..sampai bila nak sakitkan hati sendiri tapi hati orang kita jaga..jadi biarlah cik sakura jaga hati yang dah rapuh ini ya..dan kalau dia baca juga cik sakura nak cakap tolong bagi alasan yang tak munasabah itu pada orang lain dan bukan pada cik sakura..itu sahaja..itu pun KALAU DIA BACA..selamat malam semua..


-LARA LAGI (ombak rindu)-

Hanya sampai di sini sahaja
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini
Biar ku pujuk hati ini
Merawat rinduku sendiri
Setelah aku kau lukai
Sedangkan kau tahu
Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru
Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah, tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu, percayalah
Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di satu hari nanti
Ku jejak bahgia
Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru
Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah, tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu, percayalah
Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di satu hari nanti
Ku jejak bahgia



-kenapa saya seorang PENDIAM-


sejak dua menjak tiga menjak empat menjak ni cik sakura memang banyakkan diri..selain menahan rasa marah dan geram dalam hati cik sakura hanya mengambil jalan mudah dan selamat dengan berdiam diri sahaja..bukan apa tak guna nak cakap atau lepaskan marah pada seseorang itu..macam cakap dengan batu..bukan boleh selesaikan masalah pun..lagi cari masalah..susah kalau dalam kepala tu ada batu besar tapi tak nak mengaku..susahkan..kalau orang fikir diri dia je yang betul jadi paham-paham sajalah kalau kena tegur mesti gaduh punya..orang yang rasa sempurna ni janganlah ditegur..pantang..

nak bercakap banyak nanti dikatakan buat ketupat pula pagi-pagi ni..jadi biar cik sakura diam je..dan luahkan dalam ini blog..mana tahu boleh lepaskan apa yang terbuku di hati..susah la bila orang suka mengadu dekat cik sakura tentang hal orang lain..kenapa tak nak cakap sendiri dekat tuan punya badan..kenapa perlu suruh cik sakura yang bagitahu pula..bukan apa..kalau orang tu mudah dan akur menerima kesalahan dia cik sakura dengan rela hati tolang sampaikan pesanan orang itu..tapi dah sah-sah budak tu kepala batu jadi memang tak makan saman..bukan tak pernah tegur masalahnya dah berbuih mulut cik sakura ni bercakap..

umur 23 tahun..adoi..cik sakura pun pernah berada dalam umur macam tu..ada masa kita enjoy ada masa kita serius dan ada masa kita perlu sentiasa menerima tanggungjawab yang telah diamanahkan..kalau bedak boleh ditepek-tepek 24 jam dekat muka takkan bilik air yang asyik keluar masuk tu langsung tak boleh nak cuci..dah berkeladak tau..takkan benda macam tu pun nak kena cakap..dah sah-sah awak tu perempuan..takkan benda tu nak diajar kot..

sekarang tak nak cakap apa-apa pun..dah penat..nak sambung buat kerja sekejap..jumpa lagi..


-PUJI dan DOA-


ada sesiapa puji diri sendiri tak..mesti ada kan..siapa yang nak puji diri kita kalau bukan diri sendiri dulu..tu tandanya kita mensyukuri apa yang ada pada diri kita..tapi kalau terlalu puji diri sendiri tu masalah juga..nanti orang cakap kita ni syok sendiri la, perasan la dan macam-macam lagi..hah pendek kata puji la diri dalam diam-diam je..panjang nak cakap apa-apa tak..mesti panjang cakap ada aku kesah..lalala

dekat sini cik sakura bukan nak cakap pasal puji semata-mata..tapi pasal doa..kalau kita boleh puji diri kita setiap masa apa salahnya kita berdoa setiap masa juga..doa satu benda yang baik dan nescaya orang tak akan cakap yang bukan-bukan pada kita..ada ke digelar syok sendiri bila kita berdoa..mesti tak ada bukan..kalau ada hah memang terlebih asam itu orang..

sebelum kita suruh orang doakan kita baiklah kita empunya badan berdoa untuk diri sendiri dulu..TUHAN pun suruh umatNYA berusaha sebelum mendaptkan sesuatu..cepat atau lambat biarlah DIA yang tentukan..siapa kita nak tentukan jarum masa sendiri..doa  itu penting..sentiasa bersabar..cik sakura pun berdoa tapi hasilnya setelah 2 tahun kemudian..biar pun lambat namun cik sakura bersyukur sebab TUHAN kabulkan doa dan permintaan cik sakura..mungkin ada hikmah disebaliknya..desamping mendapat apa yang cik sakura inginkan, cik sakura juga menjadi seorang yang penyabar walaupun terpaksa berendam air mata..namun hasilnya boleh buat cik sakura tersenyum..alhamdulillah..

dan hari ini setelah 3 bulan cik sakura berkerja di tempat baru dan langsung tidak menerima gaji, maka dengan ini cik sakura mengisytiharkan gaji cik sakura dah masuk..alhamdulillah..nampaknya ada orang dah mula main mata pula..jeng jeng jeng..jom sarapan dulu..daaa


-LELAKI dan SIBUK-

selamat pagi..adakah pagi anda semua ditemani secawan teh atau kopi bersama makanan yang lain..kenyang perut pagi-pagi ye..cik sakura pun belum sarapan lagi..hari ini mukadimah pendek aja..sependek boleh cik sakura nak buat sebab mengejar masa yang asyik lari dari cik sakura..acah je..dah lama tak menulis..aiyo ayat lama sudah keluar..alasan sebab SIBUK..tapi kali ini cik sakura nak bercerita mengenai LELAKI dan SIBUK..

hah di sini cik sakura nak terangkan bukan mengenai lelaki yang penyibuk..ada ke lelaki yang suka jaga tepi kain orang..ops..kalau ada pun diorang sendiri yang tahu..tapi bila lelaki sama lelaki bercerita hah kaum hawa paham saja lah apa yang menjadi tajuk perbincangan utama mereka..cik sakura sendiri pernah mendengar..jadi malas nak cerita di sini..lalala..

bila lelaki dah mula cakap SIBUK kaum hawa mula berpandangan jauh..jeng jeng jeng..ye tidak dinafikan cik sakura sendiri akan mula berfikir panjang..adakah betul sibuk atau berpura-pura sibuk..ah lelaki..selalu sangat guna alasan sibuk..nanti kalau dah kantoi tu alasan sibuk tak boleh digunakan lagi tau..jangan selalu sangat guna alasan lapuk tu sebab kaum hawa ni penat nak dengar alasan yang sama..hah cuba kaum adam dengar alasan yang sama je..mesti tangan naik kat muka kan..kan dollah kan..

apa-apa pun tidak kira jantina apa pun perkataan SIBUK itu tidak lari dalam kehidupan kita..cik sakura sendiri pun sibuk..kerja memang tak pernah habis..tapi sibuk-sibuk cik sakura masih sempat mandi makan dan melakukan aktiviti seharian..tapi kesian kawan cik sakura..alasan kawan dia sebab sibuk..dan kami rasa dia sibuk sebab cuba nak jauhkan diri..itu satu tindakan yang tidak adil..tak payah bagi alasan sebab nak jauhkan diri..inilah lelaki..belum dapat macam-macam janji..tapi bila dah dapat hah mula bagi macam-macam alasan..

kaum ADAM yang baca penulisan cik sakura ni boleh bagi pendapat anda juga..mana tahu nak olah cerita cik sakura..boleh berkongsi pendapat dan tinggalkan link entry anda ye..nanti cik sakura singgah di blog anda macam cik sakura pergi makan dekat sebuah restoran yang bernama SINGGAH SELALU..opssss..


-antara BAHAGIA dan TANGISAN-


jangan pernah menyesal dengan tangisan yang keluar..sebab mungkin disebalik tangisan itu ada keindahan yang akan menjelma..bukan kebahagian sementara yang kita cari tapi kebahagian untuk selamanya..dalam kehidupan pun ada gula dan garam bukan..malah ditambah dengan kopi..jadi pahit, masam, masin dan manis dalam kehidupan itu sudah menjadi lumrah..kita manusia biasa..sebesar mana pun pangkat kita air mata tetap pernah mengalir..baik lelaki mahu pun perempuan..ah lelaki..walaupun egomu setinggi gunung namun bisa juga mengalirkan air mata walaupun setitis..jangan menidakkan sesuatu yang sudah menjadi lumrah..kadang kala tangisan itu dapat melegakan hati dan jiwa kita..

menangis lah sepuasnya..jangan disekat atau dihalang air mata yang ingin mengalir..walaupun terpaksa menangis di bawah titisan air hujan atau yang paling mudah di bawah pancuran air di bilik mandi..konsepnya tetap sama..tujuannya juga tetap sama..supaya tiada siapa melihat air mata kita mengalir membasahi pipi..betulkan..jadi menangislah kalau ianya dapat mengubati hati dan jiwa yang lara..menangislah kalau ianya dapat menjadi terapi dalam hidup kita..tapi jangan sesekali menangis sepanjang hayat hidup kita..apa-apa pun kehidupan mesti diteruskan..patah tumbuh hilang berganti..cuma kita berfikir secara positif dan ingatlah semakin kita mendapat halangan dan pelbagai dugaan datang melanda semakin dekat kebahagiaan itu menghampiri..jadi apa yang patu buat adalah SABAR dan TAWAKAL..jumpa lagi..


-CIKGU jangan datang lagi tau-


kenapa perlu hadir bila dah semakin lupakan kenangan lalu..jangan hadir lagi sebab setiap luka yang diberi masih ada bekas lagi..tolonglah jangan hadir lagi..baik di depan mata atau apa sahaja..cukup la dengan apa yang terjadi..sebab yang terjadi itu begitu perit untuk diterima..dan sekarang bahagia la kamu dengan sesiapa sahaja yang kamu suka..jangan cari lagi..tak perlu bertanya khabar atau apa sahaja..ianya bukan boleh mendatangkan kebahagian tapi lagi menambahkan kedukaan di hati..

adoi..cik sakura benci sangat dengan situasi macam ni..di saat cik sakura semakin melupakan apa yang terjadi ada sahaja dugaan datang menjelma..dah berbulan lamanya cik sakura menyepikan diri dari seseorang tapi kini orang itu hadir kembali..dengan hanya berbekalkan satu kiriman mesej ianya sudah cukup mengganggu hidup cik sakura..bukan cik sakura berdendam tapi hati ini masih belum kuat untuk melupakan apa yang telah berlaku..semakin cik sakura diam semakin banyak spekulasi yang timbul..mereka yang membuat soalan dan mereka juga yang memberi jawapan..jadi untuk apa lagi cik sakura bersuara..hanya berdiam diri itu sahaja yang mampu..berdiam diri bukan beerti kalah namun berdiam diri hanya untuk memberi ruang pada diri sendiri berfikir dan terus berfikir..

ye memamg benar cik sakura berdiam diri..tapi jauh di sudut hati ini cik sakura masih mendoakan kesejahteraan orang yang pernah hadir dalam hidup cik sakura..semoga bonda yang tersayang cepat sembuh..itu yang mampu cik sakura lakukan..hanya kiriman doa sahaja yang mampu..terpulang apa tafsiran orang..cuma cukup saja peristiwa yang telah berlaku..jangan ditambah lagi..bila cik sakura diam maknanya segalanya telah berakhir dan menemui noktah..kemaafan yang diberi dan kemaafan yang dihulurkan sudah juga untuk mengakhiri perhubungan itu..sekian..


-pesanan untuk VESPA DEGIL-


ni cik sakura marah ni..marah sangat pada orang yang bernama VESPA DEGIL..eeeee..geramnya..rasa nak ketuk-ketuk dengan kasut tumit tinggi ni..kan cik sakura dah marah..haha..adakah cik sakura betul-betul marah ni..tak marah pun..apa vespa degil dah buat..ce tengok formula baru yang dia buat..

CIK SAKURA
=
CIK SANGKURA

eeee..bila pula cik sakura jadi kura-kura ni..ni nak kena ni..jom curi vespa dia..hah..nak tahu siapa orang tu..ce klik nama ini VESPA DEGIL


-LAGI SEKALI-


biar TUHAN saja yang tentukan kita di jalan yang mana..biar TUHAN saja yang tentukan destinasi kehidupan kita sebenar..andai segalanya sudah tersurat takkan nak menolak takdir dari TUHAN..hanya mampu berdiam diri..berdiam diri untuk seketika atau selamanya juga biar TUHAN yang tentukan..bukan maksud sudah berputus asa tapi rasa penat dalam diri..sakit hati boleh memakan diri..tiada ubat untuk hati kecuali doa dan air mata..masakan boleh pisahkan perasaan hati dan juga air mata bukan..tapi itu lah hakikat yang terpaksa ditelan walaupun pahit..

jadi kalau pun yang terjadi itu sudah dirancang maka diri ini terpaksa akur juga..mengalah bukan bererti kalah..betul..seseorang itu bukan milik kekal untuk kita..merelakan pemergian orang bukan sesuatu yang mudah namun bila keikhlasan timbul ianya satu ketenangan yang sukar dikecapi..tapi benar..sekali lagi merelakan dan melepaskan seseorang..berat bukan..tapi nak tak nak terpaksa juga..