-SAKIT MATA-

assalammualaikum..dah lama tak mencoret kata-kata dekat blog..bukan apa sebab cik sakura bercuti panjang..bercuti dan merehatkan fikiran yang memang serabut oleh anasir-anasir durjana dan bermulut jahat..owh ye memang cik sakura tengah SAKIT MATA sekarang ini..nak tahu kenapa cik sakura sakit mata jom tengok beberapa sebab yang cik sakura sertakan dibawah ini..

SEBAB PERTAMA
tiba-tiba mata cik sakura rasa lain..mula-mula sebelah kanan sekarang sebelah kiri plak..dah mula rasa sakit..mata cik sakura sekejap besar sekejap kecik..dah mula tengok mata dah jadi merah..lepas itu macam ada satu ketulan dalam mata..oppss..adakah ketumbit..bukan kot..tapi memang mata cik sakura sekarang dalam keadaan tidak selesa..nak buat kerja pun rasa pening sebab dua-dua belah mata sakit..jangan tangkap dekat kepala dah la..

SEBAB KEDUA
ni bukan sahaja sakit mata tapi hati pun sakit kot..memandangkan nak cerita pasal mata jadi cik sakura tumpu dekat sakit mata je..hati dah memang sakit dengan makhluk perosak ni..makhluk perosak yang tak nak belajar tinggi-tinggi tapi nak juga dapat pangkat phD..faham sendiri la..dah buat cerita dah reka perkara mengarut dan bermacam-macam lagi..sekarang dah dapat peluang untuk keluar kawasan jadi keluarlah..tak payah nak ulang-alik depan mata cik sakura dan sibuk nak cakap 'sedih'..tolanglah..cik sakura bagi seminggu je..biar orang nilai sendiri perangai awak tu..jangan sebab cemburu sampai satu keluarga anak cucu kau nak libatkan..tu makhluk durjana namanya..dah dengki tapi busukkan orang lain plak..manusia apakah itu..

SEBAB KETIGA
xde sebab lagi kot..mata cik sakura memang tengah sakit..ok nanti rehat cik sakura nak pergi klinik..hmm..sakitnya mata ni..


-PANDANG jauh-jauh SAYANG-


selamat pagi cikgu..siapa cikgu..oh ye yang cik sakura kenal dan tahu hanyalah cikgu GEN2MERAH je..ada yang cikgu lagi tak..kalau ada sila angkat tangan walaupun cik sakura tak nampak..oppss..jangan angkat tinggi-tinggi..apa-apa pun syukur pada YANG MAHA ESA sebab DIA dah kabulkan salah satu permintaan cik sakura..ye melihat seseorang yang pernah rapat cik sakura mengambil masa hanya 5 minit untuk bertanya khabar..itu sudah cukup bagi cik sakura dan ianya sangat berharga walaupun sekadar 5 minit..siapakah orang itu..jeng jeng jeng..

orang ni amat rapat dengan cik sakura..dan lebih rapat dia tahu mengenai ahli keluarga cik skaura bukan dari sekadar mengetahui nama tapi sudah bertentang empat mata..namun bila ada sedikit konflik berlaku dia hanya memandang cik sakura dari jauh..dah la pandang dari jauh lepas tu nak jeling-jeling plak..cik sakura pun buat balik kat dia..jeng jeng jeng..agaknya dia perasan kot..hehe..dan ramai orang cakap kat dia yang cik sakura terasa hati dengan dia..hah tau plak nak pujuk cik sakura ni..

apa-apa pun alhamdulillah..lega bila semuanya kembali seperti biasa walaupun terpaksa melihat keadaan sekeliling..(takut ada orang tu cemburu..kisah cemburu nanti cik sakura cerita..itu pun kalau ada permintaan)..jom sambung buat kerja..cik sakura nak mengadap kejap..bukan mengadap komputer tapi mengadap bos..esok ada mesyuarat pengurusan..alamak!!!!


-antara MAAF dan HATI-

saya hanya wanita biasa
yang hatinya sudah terlalu rapuh
rapuh dengan segala penderitaan dan kelukaan..

tapi anda harus ingat
yang saya bukan seorang pendendam..
saya boleh memaafkan seseorang itu walaupun hati saya terluka..
sebesar mana pun kelukaan yang anda bagi
saya tetap maafkan orang itu..

namun
anda harus tahu dan ingat benda ini
saya tak akan lupakan nama orang yang melukakan hati saya
saya tetap ingat sampai bila-bila
dan tiada satu pun yang dapat memadam nama anda dalam ingatan saya

jadi
tolong pergi jauh diri anda dari saya
itu sahaja permintaan kecil dari diri ini..

-untuk AWAK-



-NAK MINTA PENDAPAT AWAK-


tak banyak nak cakap..cuma nak minta pendapat mengenai gambar di atas..boleh tak atau sesuai tak gambar di atas menjadi header baru cik sakura..sesuai atau tidak..sebarang komen daripada kalian semua amatlah cik sakura hargai..sekian, terima kasih..(alamak dah macam menulis surat plak...)


-REDHA dan PASRAH erra fazira-

macam-macam jadi dalam hidup cik sakura sejak tahun baru ni..harap kawan-kawan semua tidak menerima nasib macam cik sakura ni..sebab sukar cik sakura nak hadapi apa yang telah berlaku..tapi inilah kenyataan..sejak bermula tahun 2012 tiada apa kegembiraan yang cik sakura perolehi..tiada satu pun yang manis..mungkin TUHAN sekali lagi menguji cik sakura..mungkin ada yang perlu cik sakura bayar dengan segala ujian dari TUHAN..tiada yang namun..nak atau tidak cik sakura mesti hadapi ini semua..adakah cik sakura PASRAH macam nyanyian erra fazira..mungkin juga tapi tak boleh nak pasrah sangat sebab hidup mesti diteruskan..

mentor cik sakura dah nasihatkan cik sakura apa-apa pun cik sakura mesti kuatkan semangat..jangan menangis lagi..terima ini dengan rela hati..sebab ramai lagi yang kena teruk dari masalah cik sakura ni..jadi terima apa yang telah tertulis..mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku dan cik sakura sendiri pun tak tahu apa hikmahnya..apa-apa pun mungkin ada sebab ini semua berlaku bukan..kena kuat kena cekal dan semangat kena kental..baru boleh berjaya dan hidup ditempat orang..pasal mulut orang tu biarkan..mulut orang bukan mulut tempayan..argh..tak payah sambung ayat lagi..mesti kawan-kawan dah dapat agak apa yang cik sakura nak katakan seterusnya..

apa-apa pun terima kasih atas apa yang terjadi..terima kasih kepada SI PEMBERI..terima kasih banyak-banyak..mungkin cik sakura tak mampu nak tersenyum buat masa ini..menarilah anda di atas jalan yang penuh hitam..terima kasih banyak-banyak..itu sahaja yang dapat cik sakura zahirkan kepada anda wahai SI PEMBERI..


-AKU tak akan BALAS-


oppss..balas apa ni cik sakura..baas pantun ke..balas hadiah ke..balas jaringan ke atau balas tumbukan..dushum..tak ada maknanya nak ada sesi balas-membalas sekarang ni..masing-masing dah besar jadi masing-masing tahu kesilapan sendiri..kerana mulut badan binasa..oyeah..benda ni semua keluar dari mulut seorang yang budiman jadi biarlah mulut itu yang binasa..kan senang..tak perlu nak balas-balas walaupun hati sakit..biar yang berkata itu terus bersuara dan biar balasan menimpa nanti..itu sudah cukup..mungkin saat ini tengah bertepuk tangan tapi ingat di suatu saat lain akan ada orang lain yang tepuk tangan..

sendiri cakap sendiri sudah sendiri yang rasa bersalah semua disebabkan diri sendiri..tapi nak sedapkan cerita orang lain yang dituduh apa semua.siap bagi gelaran lagi..sungguh hebat permainan budak itu ye..maaf..tiada apa yang nak di cakap lagi..lebih baik jauhkan diri daripada insan sedemikian rupa..biar dia terjun dengan labu-labunya..pendek kata memang tidak akan ada pembalasan dari insan yang bergelar CIK SAKURA..bukan janji tapi pasti lorrrrrrrr..


-KAU buat AKU MARAH-

orang selalu cakap lebih baik diam dari terus bersuara..walaupun diam itu hanya untuk menyelamatkan keadaan namun ada juga yang mengambil kesempatan di atas kesempitan yang dialami oleh seseorang..ini mungkin disebabkan perasaan dengki dan cemburu..argh manusia..tidak perlu untuk belajar tinggi-tinggi untuk mendapat phD..ya PERASAAN HASAD DENGKI..adakah perasaan ini satu yang boleh diambil positif atau ianya memang tergolong dalam kumpulan negatif..bagi situasi yang dialami sekarang mungkin dalam golongan negatif..

hebat bukan..bila mengalirkan air mata itu dikatakan PELAKON AIR MATA..wah sungguh lantang ia bersuara..tahukah beliau untuk mengalirkan setitis air mata bukan mudah..namun jika hati sudah terusik dan sudah luka dan disiram dengan cuka dan dilumuri garam pasti hati itu sakit dan pedih..maka mudahlah air mata membasahi pipi..adakah disebabkan luka dihati dan air mata mengalir keluar akan digelar pelakon air mata..itu tidak patut..

kenapa nak rasa bersalah kalau diri tak bersalah..hah..fikirkan sendiri..kenapa takut untuk menyebut nama TUHAN jika betul mulut dusta itu tidak pernah menyebut kata-kata dusta..argh..sungguh pandai bermain kata-kata ya..menjadi penyedap dalam perbincangan walaupun kata-kata itu dusta..memang hebat..orang lain dikatakan kan hipokrit dan pelakon tapi yang menabur fitnah itu hendak dipanggil apa pula..

apa yang terjadi dah pun terjadi..terima kasih atas segalanya..untuk menerima memang tidak..terima kasih juga atas tuduhan yang diberi..kesian pada mereka yang teraniaya..terima kasih juga sebab tidak matang dan perangai seperti kebudakkan..walau apa-apa pun setiap yang berlaku mesti ada balasan..hanya tunggu dan lihat..walaupun hati sakit namun hati akan tetap terus berdoa dan berdoa..semoga akan ada penyesalan yang tak sudah nanti..saat itu kita tengok orang itu lah PELAKON AIR MATA YANG HIPOKRIT DAN PENDUSTA..sekian..


-AMARAN tak seberapa KERAS-


tiba-tiba macam nak tutup saja blog ni..hah..nak tutup dengan apa..dengan kain ke..buat apa cik sakura buat blog kan kalau akhirnya terkubur tanpa nisan..aiseh..macam tu plak ye..tapi itulah hakikatnya..mula-mula tergerak hati nak tutup blog ini tapi bila difikirkan balik nampak gaya tak jadi pulak..kenapa cik sakura nak tutup blog..jeng jeng jeng..

alkisah blog ini telah mula diperkatakan oleh orang ramai..glamor ko jah..siapa orang ramai itu..siapa lagi kalau mereka-mereka yang suka mengintai kain orang..bukan jaga je tapi siap intai pula..dah lebih betul senah ni..tapi apa cik sakura nak buat..biarkan mereka berkata-kata..cik sakura dah tak ambil pusing pasal mereka..nak buat pusing 360 darjah ke tonggeng terbalik ke apa ke itu ko punya pasal senah..janji cik sakura tak kacau hidup dan kain mereka..

dan buat AWAK itu tak payah la baca nukilan di blog..blog ini tak memaparkan kisah-kisah panas seperti diruang twitter mahu pun laman sosial..jadi buang masa je kalau 24 jam nak datang singgah dan tulis komen yang bukan-bukan..tolong berhenti ye gejala yang tidak sihat itu..sebab dah lama buang orang yang menyakitkan hati macam tu..dan seangkatan dengan mereka..maaf dulu boleh la sekarang tidak lagi..dah tahun baru pun..takkan nak ingat kisah lama..ko tak penat ye jang..

jadi tak payah berkata-kata tentang blog ini..cik sakura tak undang dan cik skaura sendiri juga tak halau..sesiapa sahaja boleh datang ke blog ini dan baca nukilan hati cik sakura..kalau nak tinggalkan komen memang cik sakura alu-alukan..menghargai pembaca yang sudi singgah dan meninggalkan jejak..namun ada juga yang singgah tapi tak tinggalkan jejak..dah tu tinggalkan apa..orang tu tinggalkan bau..bau yang boleh mencemarkan alam dan persekitaran cik sakura..hmm..kejam betul;..


-pukulan MAUT dari en shuib-

hepp..bukan shuib SEPAH tu tau..ni en shuib tempat cik sakura bekerja..jadi cerita ini tiada kaitan dengan mana-mana pelakon, penyanyi atau sebagainya..pendek kata tiada kaitan dengan artis langsung..panjang nak cakap apa-apa tak..panjang cakap ada aku kesah..jeng jeng jeng..

sejak isnin minggu ni tiap-tiap petang dan malam cik sakura akan buat latihan..latihan apakah itu..latihan badminton..adoi kena lawan dengan orang-orang besar ni..dah la cik sakura tak reti main sangat..setakat pukul bulu tangkis tu boleh la..tapi kalau main untuk pertandingan alamat memang tak lepas..dan lebih mengharukan lagi pasangan cik sakura..adoi kenapa dia..pasangan cik sakura lelaki..dan lelaki itu bukan ANUAR ZAIN tapi jeng jeng jeng..bila dah selalu nak diganding-gandingkan apa orang kata nanti kan..tengok renungan orang yang dah kahwin ni lain macam sikit..adoi..lagi sekali cik sakura menjadi profesional..ketepikan apa orang nak kata yang penting matlamat sampai..bak kata bos cik sakura..

petang dan malam ni ada latihan lagi..pesanan yang berbayar kepada en shuib tolong jangan smash cik sakura lagi..sakit woo..ni bukan main badminton dah tapi paintball tau..kenapa nak smash cik sakura..bagi rendah-rendah nanti baru tau sampai en shuib boleh cium jaring tu..wekk..gurau je..k la cik sakura nak sambung buat kerja dulu..jumpa lagi..