-salam RAMADHAN dari cik sakura-


alhamdulillah..bulan yang dinanti telah pun tiba..akhirnya ramadhan kembali menjelma..insyaALLAH semoga ramadhan kita semua kali ini membawa keberkatan dan kebahagian..jadi sesiapa yang nak bersahur boleh la bersahur sebelum tidur..atau yang nak bangun awal pagi-pagi nanti pun boleh..cik sakura bersahur awal pagi nanti..nak tolong mama siapkan hidangan untuk bersahur..masa ni la nak bersahur ramai-ramai..bila dah mula kerja sahur atas katil je..jeng jeng jeng..pecah rahsia..

kawan-kawan..cik sakura dan sekeluarga ingin mengucapkan salam ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua kawan-kawan cik sakura yang mengenali cik sakura atau tidak..dan ucapan ini juga untuk seluruh umat ISLAM tidak kira di mana jua anda berada..sama-sama meriahkan bulan ramadhan kali ini ye..doa cik sakura semoga ramadhan cik sakura kali ini membawa sinar untuk cik sakura dan keluarga dan juga untuk kalian semua..semoga amalan kita diterima oleh NYA..insyaALLAH..ampun maaf dipinta sekiranya ada terkasar bahasa dan terguris hati sepanjang cik sakura melibatkan diri dalam penulisan blog..

owh ye jom kita lihat kelebihan solat terawikh untuk malam pertama:

'diampunkan dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya yang baru dilahirkan..'



-kenapa mesti KAMBING-


kambing..kambing..kambing..mak pening makan kambing..hehe..teringat iklan raya petronas apabila 7 orang anak dipertanggungjawab beli daging lembu..tapi sekarang mama tak suruh pun beli kambing..papa yang sendiri beli..mentang-mentang along dah balik kambing mesti jadi juadah utama..argh kenapa mesti kambing..ayam itik lembu tak boleh ke..tamo kambing..

alhamdulillah..semalam cik sakura sampai lambat juga..sampai je tak terus jejak kaki kat rumah..tapi jejak kaki ke kedai char kuew tiau..memang berselera makan..dengan udang yang besar..pantang larang tolak ke tepi dulu..hehe..rahsia tau..jangan bagitahu mama..sampai rumah je dah pukul berapa..macam biasa mama dah mula buka siaran radio tapi lepas peluk mama dan papa mama terus menangis..haha..rindu la tu kan..marah kejap je..ala cik sakura dengan kakak lambat sebab abang cik sakura yang melantak sampai 3 pinggan..pastu bual-bual adik-beradik lagi..tak sedar hari dah lewat..



sekarang cik sakura dekat dapur..papa tengah perap daging kambing..tak tahu nak buat apa..macam biasa pembantu dia mesti la along..dah dua-dua suka kambing..ishh..kakak cik sakura dengan mama tengah buat cupcakes untuk saudara cik sakura..cik sakura dengan abang cik sakura buat apa plak..jeng jeng jeng..hehe..kitorang nak sabotaj kambing diorang..jap lagi kitorang nak perap kepak ayam guna sos diorang buat tu..lalala..dari pagi sampai ke malam asyik kambing je..pening pening pening..

jap jap jap..ada kawan-kawan cik sakura sini suka makan daging kambing tak..hah mesti ada kan..macam tu tak boleh geng dengan cik sakura la..hehehe..gurau je..


-balik KAMPUNG hati riang-


cakk..salam jumaat semua..dah makan ke..cik sakura belum lagi..sekarang dah kat rumah..hari ini cik sakura kerja separuh hari sahaja..ada banyak benda yang cik sakura nak selesaikan sebelum berangkat pulang..pulang ke mana..jeng jeng jeng..mesti la pulang ke kampung halaman yang tercinta..walaupun bukan kampung tapi tetap terasa nak balik kampung..tak sabar jumpa mama papa malam nanti..

cik sakura cuti lama juga..sempena nak sambut puasa bersama keluarga..kali ini meriah sikit..ada orang baru..opss bukan cik sakura tau..tapi along cik sakura..lalala..along nak balik bawa orang baru..mesti comel..dah lama tak jumpa along..along cik sakura tak duduk kat MALAYSIA..jadi kali ini along cuti seminggu dan kemudian akan bercuti lagi untuk raya..rindu kat along sebab along tempat cik sakura mengadu dan along pelindung cik sakura yang paling best selain papa walaupun along tak sporting..banyak pantang larang tau dengan along..hehe


penerbangan cik sakura petang nanti..jumpa kakak cik sakura dekat kuala lumpur dulu..kemudian kitorang dua akan terbang kembali terus ke kampung halaman cik sakura nun jauh di utara sana..tak bawa kereta sebab dua-dua dah pemalas..hehe..bukan la cik sakura takut sesak nanti..lagi pun tak sabar jumpa mama papa..kawan-kawan yang dah berkerja bercuti macam cik sakura ke..bagi yang memandu berhati-hati di jalan raya ye..ingat orang yang tersayang..yang bawa motor ke vespa atau apa sahaja yang beroda dua berhati-hati juga tau sebab kawan cik sakura cakap dekat selekoh ada tumpahan minyak..jadi berhati-hati..jangan bawa laju-laju sangat..

ok la cik sakura nak sambung kemas baju..nanti tertinggal kapal terbang bukan boleh patah balik..nanti kat KLIA baru cik sakura nak isi perut..selamat bercuti semua..sebelum cik sakura terlupa cik sakura nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK bagi seluruh umat islam tidak kira di mana jua anda berada..semoga ramadhan kali ini membawa kebahagiaan dan keberkatan untuk kita semua..amin..



-sepatu tinggi KUNING-


pagi tadi sebelum pergi kerja tergerak hati nak tengok almari rak kasut cik sakura..rasanya kasut cik sakura melebihi beg tangan cik sakura dah ni..belum lagi termasuk dekat rumah mama..haha..mesti kalau cakap nak beli lagi mama dah geleng kepala..KUNING..cik sakura tak ada lagi kasut tinggi berwarna kuning di sini..majoriti banyak warna merah, putih, hitam dan merah jambu..jadi tergerak hati nak cari warna kuning..kawan-kawan suka yang bentuk macam mana..jom pilihkan untuk cik sakura..

charles jordan

christian louboutin

aldo

bcb girls gladiator sandals

christian louboutin snake pattern pumps
  
 

BEN ASHAARI CARI BLOG ..CEPAT !


dah saat-saat akhir cik sakura ni..sempat lagi ke..nasib tak payah berlari sebab hari ni pakai heels tinggi sangat..lalala..kalau patah mesti macam buah nangka jatuh kan..jangan gelak tau..nak join klik [SINI]

p/s: heels warna kuning cantik tak..tak pernah beli lagi..


-bila PENIPU dipuji melambung-


sebut pasal lambung ni bukan kisah MAEL LAMBUNG aka zizan raja lawak tu ye..bukan-bukan..jauh sekali..ni pasal seseorang..apa kawan-kawan rasa bila seorang penipu besar dipuji dengan benda-benda baik..kawan-kawan kenal penipu besar ni dah hampir 7 tahun..dan sepanjang 7 tahun kawan-kawan bertentang mata dengan dia kawan-kawan hanya dapat penipuan dari dia..tapi orang yang kenal dia tak sampai 7 hari dah puji dia melangit..itu pun hanya kenal dalam YM..

nak gelak pun ada..rasa menyampah pun ada juga..mungkin baru kenal..lagi-lagi golongan yang berlainan jantina..cakap baik..sempoi semua yang suci-suci belaka..sejuk orang mendengarnya bukan..tapi hakikat hanya TUHAN je yang tahu siapa awak..tapi bab yang cik sakura tak tahan adalah kenyataan di mana akak tu cakap penipu ni HORMAT ORANG TUA..owh my gucci..hormat ye..yang lari 100 meter tu apa..siap buat lompat pagar lagi..orang dah salah..memang macam tu..kesalahan bukan yang kecil tapi yang besar..hormat orang tua la sangat..yang takut nak jumpa tu kenapa kalau diri tu tak salah sangat..sampai tahu masuk hospital..tapi batang hidung pun tak nampak..owh memang hormat orang tua..


adoi..kenapa cik sakura nak serabutkan diri dengan PENIPU BESAR  ni..orang lain makan hati ayam lembu yang duk bagi cik sakura makan hati manusia tu nape..nak puji pun puji je la..takut bila dah kena nanti tak larat nak puji pula kan..nanti takut siap keluar segala jenis haiwan dekat zoo tu..lantak lah..sila la puji..kawan-kawan cik sakura pun tergelak besar bila ada orang puji dia..memang la muka baik..muka suci..mana orang nak percaya kan lagi-lagi baru kenal..lagi pun tak kuasa nak cerita perangai sebenar penipu besar tu..puji la..ada cik sakura kesah..

p/s: kalau along tahu mesti gelak besar ni..


- SURAT KHABAR pilihan anda-


gara-gara esok ada bola MALAYSIA VS SINGAPURA ramai pula nak ambil cuti tadi..haha..jadi nak tak nak cik sakura terpaksa lepaskan juga sebab bos pun tak ada..bos cik sakura dah jauh pergi luar negara..cuti lama pula tu sebab nak sambut ramadhan pertama dengan anak bongsu dia..jadi kerja pejabat banyak terletak atas bahu cik sakura yang kecil ini..hah bila bos takde mula la ada yang nak ngelat kan..hehe..

jadi esok mesti tak ramai kat pejabat..nampak gaya memang beraya sakan la cik sakura dan kawan-kawan..tapi esok cik sakura ada mesyuarat dengan bahagian pengurusan..adoi..kawan-kawan buat apa..ke ada yang bercuti esok ke..nak tengok permainan bola yang menarik perhatian ramai ni..mampukah singa berlawan dengan harimau..sama-sama kita saksikan esok..tak pun cik sakura tunggu je hari jumaat..baca mengenai ulasan tentang permainan..tapi macam tak best pula..macam duduk kat sarawak je dulu..


cerita pasal sarawak..dulu cik sakura pernah pergi ke kawasan pendalaman sarawak..nak jadikan cerita kawan cik sakura nak beli surat khabar..mula-mula dia tanya tak ada ke surat khabar hari ini sebab kebanyakkan jual surat khabar semalam..rupanya-rupanya diorang memang jual surat khabar semalam untuk hari ini dan begitu la keesokkan harinya..kira lambat satu hari mereka nak tahu perkembangan di surat khabar..mungkin sebab penghantaran yang jauh dan lambat..tapi cik sakura tak tahu macam mana keadaan di sana sekarang..mungkin sudah maju..aduh rindunya nak makan mee kolok..sedap..

dah baca surat khabar hari ini..cik sakura belum..ada orang curi..jeng jeng jeng..selalu ada surat khabar kat depan meja cik sakura..hari tak ada..hehe..tak pe cik sakura tahu siapa ambil..ada sesiapa suka baca akhbar METRO tak..cik sakura jarang baca metro..kawan-kawan suka baca surat khabar apa..


-yeay yeay malam ni RAYA-


apa la cik sakura ni..puasa belum dah sibuk nak raya..ni belum bulan SYAWAL lagi..hehe..bertenang dulu..cik sakura nak raya malam ni..hari ni hari terakhir cik sakura ganti puasa..apa la cik sakura ni orang lain dah habis ganti puasa pun..hah mesti kawan-kawan cakap macam tu kan..jeng jeng jeng..cik sakura banyak hari kena ganti..jadi alhamdulillah kalau tiada apa-apa halangan baru boleh raya malam ini..nak raya esok pagi tak boleh..esok ada mesyuarat jabatan..


jadi nak raya dengan juadah apa malam ni..ada idea best tak..kawan cik sakura nak belanja makan dekat restoran THAI..sawwadikap..mesti nak makan tomyam..adoi lapar pula..somtam..yummy..pastu pencuci pulut mangga..pergh..hah dah terliur ke...tak mo tau..hehe..ni makan ke melantak ni..belum lagi hidangan yang lain..kata nak raya..nafsu betul ni..


apa-apa pun alhamdulillah cik sakura berjaya menunaikan tanggungjawab yang tertangguh..ingat tak sempat tapi berjaya juga akhirnya..jadi apa azam cik sakura untuk bulan RAMADHAN yang bakal menjelma nanti..mesti la nak puasa penuh..jeng jeng jeng..kaum adam jangan nak buat muka pelik tau..hehe..insyaALLAH kalau boleh nak puasa penuh..tapi apa kan daya kami kaum hawa ada keistimewaannya..tak jealous kan kaum adam..lalala...

 

-CATATANKU..melly goeslow feat baim-

Awan Awan Menghitam
Langit runtuhkan dunia
Saat aku tahu
Kenyataan menyakitkan

Mengapa semua menangis
Padahal ku selalu tersenyum
Usap air matamu
Aku tak ingin ada kesedihan

Burung sampaikan nada pilu
Angin terbangkan rasa sedih
Jemput bahagia di harinya
Berikan dia hidup

Tuhan terserah padaMu
Aku ikut mauMu Tuhan
Ku catat semua ceritaku
Dalam harianku

p/s: kini cik sakura catatkan cerita harianku di sini..


-tersirat di sebalik seorang PENDIAM-

tak ada apa-apa yang ingin cik sakura coretkan..cuma rasa kenapa ianya terjadi..mana mungkin kita merubah segalanya bukan..ye mungkin di dunia kita menang namun di akhirat siapa tahu..kemenangan di dunia mungkin diakhiri dengan kegembiraan namun adakah kita akan mendapat kemenangan yang sama di akhirat kelak..

jika jalan yang di pilih dengan menipu dengan menampilkan muka yang suci dan bersih jadi silakan..mana mungkin percaya seorang yang berwajah suci, baik dan pendiam itu sebenarnya adalah di sebaliknya..mana mungkin orang nak percaya kata-kata orang lain kalau tengok perwatakan yang baik dan pendiam itu..tapi pada hakikat segala kejahatan telah dilakukan..orang yang tak kena lagi memang cakap baik tapi cuba dah kena..baru tahu kot langit itu tinggi atau rendah..

kenapa cik sakura nak persoalkan hal ini..sebab rasa sakit bila penipuan mula berleluasa..bila mulut manis berkata-kata buatkan penipuan dan alasan palsu mula menjadi-jadi..dah penat berkata-kata cuma cik sakura fikir tak penatkah berlakon seolah-olah suci dan murni..tapi pada dasarnya hanya TUHAN sahaja yang mengetahui..jadi apa yang cik sakura harap..hmm..tiada yang cik sakura harapkan..yang terjadi dah pun terjadi..siapa mangsa seterusnya itu bukan urusan cik sakura kot..yang penting cik sakura tak ingin makhluk tu..itu sahaja..


-secawan teh panas di petang hari-

lagi seminggu umat ISLAM akan menyambut bulan yang penuh keberkatan..RAMADHAN..satu bulan yang amat ditunggu sebab di saat ini lah kita sama-sama berkumpul menunaikan ibadah dan bersama-sama menikmati keindahan bulan ramadhan itu sendiri..tatkala cik sakura keseorangan jauh di sisi keluarga tercinta rasa sayu pula di hati..

bulan ramadhan berikan kesan yang begitu mendalam dalam diri cik sakura..bila tiba ramadhan mesti teringat kisah 2 tahun ramadhan yang lalu..mana mungkin cik sakura lupakan..hati bagai disiat bila mengetahui sesutau yang amat menyakitkan hati..mungkin itu satu petunjuk mahu pun hikmah kepada diri cik sakura..namun kesannya masih terasa sehingga kini..jadi bila ramadhan menjelma hati ini tetap sayu..bukan mengenang kembali tetapi macam ada skrin putih yang tiba-tiba terbentang  di depan mata dan memaparkan cerita atau drama yang memilukan..

mana mungkin cik sakura lupa..ketika orang lain sibuk meraikan bulan ramadhan dan berbuka dengan juadah menyelerakan tetapi mama papa berbuka dengan air mata..ketika itu cik sakura di hospital..sakit di badan dan di hati masih tertanggung tapi sakit melihat mama dan papa berduka itu cik sakura tak boleh terima..ketika kami di hospital orang yang bertahun-tahun cik sakura cintai sedang bersama perempuan lain..membawa perempuan lain pulang ke kampung halamannya untuk menyambut puasa bersama-sama..tergamak bukan..padahal sudah mengetahui cik sakura di hospital..pulang ke kampung..bukankah sebelum ini kami sekeluarga pernah ke kampungnya..jadi adakah keluarganya berdiam diri..ya..mereka tidak tahu wanita yang dibawa pulang itu sebenarnya perempuan yang dibawanya untuk naik ke pejabat agama untuk membayar denda..dan dari saat itu segala rahsia yang tersimpan terbongkar juga akhirnya..

kenapa cik sakura sakit dan kenapa diorang membayar denda..tak perlu la kawan-kawan memikirkannya..sebab itu cerita yang sangat menyakitkan hati kalau mendengarnya..jadi kenangan biarlah kenangan..yang tinggal cuma cebisan hati dan kekuatan diri untuk meneruskan hidup di tempat orang..mungkin ada hikmahnya..mana tahu ramadhan kali ini ada sinar untuk cik sakura dan kawan-kawan semua..sama-sama kita doakan..secawan teh panas sebagai peneman diri di petang ini..jumpa lagi..

 

-oh JIMMY CHOO nak satu boleh-


memang rezeki durian runtuh betul pelakon MEMEY SUHAIZA..tak payah cerita lebih lanjut kot sebab mesti kawan-kawan dah tahu kan mengenai perkahwinan dia yang bernilai lebih 12 juta ringgit malaysia..tak percaya ke..sila percaya..haha..bertuah betul tuan empunya badan..tapi cik sakura berminat ke..jeng jeng jeng..baca seterusnya..


ye cik sakura berminat..owh DATUK JIMMY CHOO boleh tak taja kasut kerja cik sakura..haha..kasut kahwin lambat lagi jadi taja kasut kerja je la..boleh tak..ke kena wat iklan kedip-kedip kan mata..wink wink..macam gatal plak cik sakura..oppsss...cik sakura memang berminat nak tengok kasut tumit tinggi rekaan pereka terkenal ini..katanya 2 pasang kasut yang ditaja..nak satu boleh..mesti memey tak bagi..hehe..


apa-apa pun cik sakura masih tertawan hati pada gaun pengantin DATO' SITI NURHALIZA..nampak manis je..omputih kata so sweet..jadi nanti kita tengok gaun pengantin memey plak ye..apa-apa pun cik sakura nak text mr jimmy jap..nak mintak sponsor kasut kerja..lalala..

nak baca lebih lanjut pasal perkahwinan memey suhaiza klik [SINI] dan [SINI]


-kenang daku dalam DOAmu-

Sungguh jauh dikau pergi
Berpisah untuk selamanya
Tiada lagi senyum mesra
Dan gurau senda

Ingin ku turut bersama
Apa daya ku tak terlarat
Sudahlah memang nasib ku dik
Sedemikian rupa

Ku berdoa agar dikau hidup bahgia
Jangan bimbang padaku nan berduka

Tapi dik kau jangan lupa
Kenang daku dalam doa mu
Itu yang ku pinta dari dulu
waktu bertemu


p/s: boleh ke cik sakura bawa lagu ni..jeng jeng jeng..tekak pun tak ok lagi..mama mesti gelak kalau dapat tahu cik sakura nyanyi lagu lama..ni semua pasal program wanita la ni. esok.cik sakura beradu dulu ye..selamat malam semua..kenang cik sakura dalam doa kalian ye..

-pinta la pada yang SATU-

mungkin jauh di sudut hati kita yang kita ini memang mengharapkan sesuatu..mungkin sesebuah kejayaan atau pun kebahagian..namun ianya masih belum dikurniakan atau berkunjung tiba..jangan pernah putus untuk berdoa..mana tahu selangkah untuk kita perolehi kebahagaian tau kejayaan yang kita cari akan terhenti selepas kita putus harapan..teruskan doa itu agar suatu hari nanti kita akan dapat apa yang diidamkan..

menangislah sepuasnya kalau itu dapat memberi sedikit ketenangan..kenapa harus malau untuk menangis di depan MAHA PENCIPTA..luahkan segalanya..mungkin dengan tangisan itu akan timbul sedikit kelegaan dalam diri..biarpun orang tidak menghargai diri kita tapi kita la yang patut hargai diri kita sendiri..biar orang buat kita tapi jangan sesekali kita membalas..ingat setiap yang berlaku itu pasti dapat balasan sama ada cepat mahu pun lambat..sebab itu SABAR separuh dari iman..dan orang-orang yang beriman dijanjikan syurga kelak..

apa pun dugaan yang datang tanpa kita pinta atau sedar hadapi la dengan tabah..ini satu kenyataan..bukan mimpi atau fantasi..ye kita tidak bermimpi apabila ditimpa musibah..walaupun kita akan berkata 'KENAPA AKU'..dengan dugaan yang musibah yang melanda akan buatkan kita ingat TUHAN dengan lebih dekat..mungkin bila kita bahagia kita lupa nak ucapkan terima kasih kepada NYA namun DIA tidak pernah lupakan kita..dan ingat sesuatu yang berlaku itu mungkin ada hikmahnya..cuma kita tak tahu apa ganjaran dan hikmah yang akan diperolehi selepas ini..



-hadapi dengan SENYUMAN-

hidup tanpa dugaan bukan namanya hidup kan..tak semestinya hidup dengan penuh kebahagian adalah sesuatu yang sempurna..tak semestinya hidup dengan kesedihan hidup kita akan musnah..tidak..jangan sekali tunduk menyerah kalah..dugaan yang datang itu satu benda yang baik..dugaan itu menguji kita sebenarnya..memang kita belajar untuk dari sekolah dari institusi yang tinggi tidak kira dalam negara mahu pun luar negara..namun sebenarnya persekitaran kita yang mengajar kita erti kehidupan sebenarnya..pengamalam mematang diri kita..dan segala dugaan meningkatkan lagi keyakinan kita..kita belajar untuk menambahkan ilmu pengetahuan kita dan pengalaman itu sebenarnya memberi pengajaran pada kita..

mudah untuk berkata-kata bukan..ye jika mudah untuk berkata-kata mudahkan diri untuk memberi senyuman..senyuman yang ikhlas lahir hati yang bersih..sehitam atau seputih mana pun hati kita biar TUHAN yang tentukan..siapa kita untuk mengadili seseorang manusia itu kan..itu silap..kita bukan hakim dunia mahu pun hakim di akhirat..kita hanya khalifah di muka bumi untuk terus berjuang demi sebuah kehidupan..

kita sakit ke kita kecewa ke kita sedih ke atau kita mengalami sesuatu yang negatif hadapi dengan tenang..ambil masa untuk bernafas..tarik nafas sedalam-dalamnya dan hembuskan nafas itu secara perlahan..mungkin cara itu mungkin dapat memberi ketenangan walaupun sedikit..cukup la..kenapa nak tamak diberi kebahagian yang banyak..dengan sedikit itu la kita boleh bersenyum..kalau diberi kebahagian yang banyak takut kita lupa diri pula..jadi bersyukur dengan apa yang ada..

p/s: terima kasih doakan cik sakura cepat sembuh..insyaALLAH..senyum kawan-kawan..xoxo..


-merah itu adalah DARAH-


agak tak selesa berbuka puasa tadi..rasa yang cukup lain..rupanya tekak cik sakura berdarah..mula keluar darah dari dalam mulut..mungkin akibat kepanasan atau punca lain..dan sekarang memang tengah sakit..maaf kawan-kawan cik sakura tak boleh berbicara panjang malam ini..rasa tak selesa sangat..maaf ye..selamat malam semua..


-MENEKA DALAM KESAMARAN..ibnor riza-

Dari sudut hati yang terluka
Dengan niat suci yang membara
Ku curahkan semua harapan ku yang ada
Kerana ku terlalu menyinta

Ku menyingkir tiap keindahan
Ku lepaskan apa yang ku genggam
Tiada ku inginkan keraguan mu
Kian berpanjangan tanpa pedoman

Keteguhan cinta ku pada mu
Membuat ku tak merasa jemu
Seringkali pertanyaan
Yang cuba aku timbulkan
Pada mu itu hanya kebosanan
Bagaikan ada kesamaran
Di dalam sinar pengharapan

Puas sudah mencari silap ku
Puas sudah meneka hati mu
Tiada ku temui
Jawapan mu yang pasti
Yang memberi ketenangan diri

-hidup di FACEBOOK-

cik sakura pun tak tahu nak mulakan macam mana..sesuatu benda itu memang ada baik buruknya..bukan semua benda baik kita dapat lihat dan bukan semua benda buruk yang kita dapat perolehi..setiap benda ada persamaan dan perbandingan..dan sebab FACEBOOK juga la cik sakura cuba kurangkan disebabkan hati cik sakura betul-betul hancur..lupakan pasal hati cik sakura..mari kita berkongsi masalah teman sepejabat cik sakura..

kawan cik sakura mengadu yang teman lelakinya tak bagi langsung dia memberi sebarang komen di wall facebook teman lelakinya itu..padahal ramai kawan-kawan teman lelakinya boleh memberi komen dan majoriti paling banyak adalah kawan-kawan perempuan..dalam hati kawan cik sakura terdetik 'YANG PEREMPUAN LAIN BOLEH..AKU TAK BOLEH..HABIS SIAPA AKU'..macam-macam persoalan yang ditanya kepada teman lelakinya itu..namun penghujungnya akan berakhir dengan sebuah pergaduhan..ya..teman lelakinya seolah-olah akan melepaskan marah sebab nak tutup kesalahan diri sendiri..sebab apa nak tutup..baca perenggan seterusnya..

teman lelakinya ini tidak jujur..dah bertahun bercinta macam-macam teman lelakinya ini dah buat sehingga bertukar tempat kerja bukan masalah kerja tapi masalah kes tangkap khalwat..berat bukan..tapi teman lelakinya ini pura-pura berlagak baik seolah-olah kawan cik sakura ini tidak tahu..nak tahu apa kegiatan di facebook teman lelakinya..dekat wall memang tak nampak keburukkan..tapi dalam inbox sangat banyak..luar nampak alim tapi disebaliknya hanya TUHAN saja mengetahui..bukan perempuan sahaja yang dilayan tapi golongan lelaki yang nak jadi dan sudah menjadi PEREMPUAN pun dilayan juga..pelik..nafsu dua ke..

banyak lagi keburukan yang nampak di depan mata..kawan cik sakura hanya mampu menangis dan terus menangis..ingatkan zaman penipuan di FRIENDSTER sudah pun berakhir..rupanya diteruskan di FACEBOOK..jadi dimana silapnya kemudahan yang diberikan laman sosial ini..untuk bersosial sesama kawan atau pun meningkatkan kawan sosial untuk melakukan gejala sosial..sama-sama kita fikirkan..

p/s: mungkin cik sakura seorang perempuan dan anda dapat melihat bias di dalam diri cik sakura..mana mungkin seorang perempuan tidak membela kaumnya sendiri bukan..golongan ADAM jangan bersangka buruk sebab cik sakura juga tahu golongan ADAM juga pernah mengalami situasi di atas..mari berkongsi pendapat kalian dengan cik sakura..


-LANCA..LANCA..beca-


masih gagah lagi..walaupun urat-urat jelas kelihatan di tangan mahu pun di muka..demi mencari rezeki yang halal dengan kudrat tenaga dia mengayuh lanca usang..walaupun usang namun ianya dihiasai dengan senyuman yang ikhlas yang dizahirkan jauh dilubuk hati..demi mencari sesuap nasi kaki gigih mengayuh lanca usang..berbekalkan tuala putih dan topi usang dia tetap mengayuh lanca usang itu..mana tahu ada pelancong memerlukan khidmat dia untuk bersiar-siar bersama lanca usang..


santapan makanan hanya seadanya..nasi kosong dan ikan kering..itu sudah cukup menyelerakan..cukup sekadar mengisi perut kosong..rezeki yang diterima tangan ditadah tanda kesyukuran kepada yang MAHA ESA..indah bukan..sekerdil mana pun insan itu tetap sujud pada MAHA PENCIPTA..namun hati kecil ini terasa sebak melihat kegigihan seorang yang masih mampu mencari rezeki walaupun kudratnya tidak seberapa mana lagi..


timbul kesedaran diri ini untuk berbakti pada kedua ibu bapa..walaupun jauh di tempat orang namun berkat doa dari mama papa cik sakura mampu berdiri di atas dua kaki sendiri ditempat orang..ini semua doa dari mereka..jadi biarlah mereka meniti waktu usia mereka pada saat ini dengan penuh keselesaan..dan untuk pakcik cik sakura doakan semoga TUHAN berikan pakcik kekuatan untuk meneruskan hidup dan dikurniakan rezeki..terima kasih atas budi pertolongan pakcik..sangat-sangat cik sakura hargai..


-cik sakura dikurniakan VESPA-


jeng jeng jeng..siapa la yang baik hati nak bagi cik sakura vespa betul-betul kan..kalau ada hah memang besar stadium bukit jalil tu cik sakura tadahkan..cik sakura pun dah lupa pasal giveaway dari AZIZUL HAKIM ..tapi cik sakura panggil dia VESPA DEGIL ..sebab mula-mula kenal dia pun dah panggil vespa degil..hah kalau nak tahu lebih lanjut pasal tuan empunya nama tu klik aja nama beliau tu..


cik sakura menang..yeay..hehe..terima kasih VESPA DEGIL sebab memilih cik sakura jadi pemenangnya..terima kasih banyak-banyak..nanti cik sakura email dekat awak ye..terima kasih sekali lagi cik sakura ucapkan..cik sakura pun tak tahu dapat vespa ke apa ye..nanti cik sakura update dengan kawan-kawan semua ya nanti..


-UBAT yang paling mujarab-


tisu dah habis berkotak-kotak..demam pun tak hilang lagi..panas masih terasa..sekarang dah batuk-batuk pula..siap ada pakej tambahan selsema sekali..memang cantik la tu..demam tak surut..walaupun duduk dalam bilik penghawa dingin rasa panas masih ada..walaupun kaki ni dah sejuk semacam je..kerja tetap kena kerja..boleh jadi pekerja berdedikasi tak cik sakura ni..perasannya..hehehe..

ubat dah makan..semalam beli vicks yang macam inhaler tu..gara-gara tak tahan dengan hidung tersumbat dan sukar bernafas..namu sayang seribu kali sayang..akibat kelalaian pekerja atau silap cik sakura sendiri nak periksa dahulu rupanya inhaler tu dah tamat tarikh luput..tak boleh nak cakap apa..nak guna pun takut bahaya jadi selamatlah dia bersemadi di dalam tong sampah..jadi lepas ini jadi pengguna yang bijak..periksa dulu ubat yang anda beli supaya tidak menyesal kemudian hari..pesanan penaja dari siaran percuma cik sakura..hehehe..


dah tak tahan dengan kepanasan dan sakit tekak melanda..jadi ubat apa yang paling mujarab..jeng jeng jeng..mesti la VANILLA COKE..yummy..alhamdulillah dah selamat habis satu botol kecil..beli memang sejuk tapi cik sakura siap beli lagi ais tambahan..jadi cuba bayangkan kesejukkan yang terasa ditekak ini..memang nikmat bukan..hehe..ini lah ubat yang mujarab..sebab secara automatik tekak cik sakura kurang sakit dan selsema berhenti..wah..hebat kan..kita tengok kesannya bila malam nanti..nantikan entry seterusnya..


p/s: jangan tiru tindakan cik sakura ini..takut jadi apa-apa pula..


-minum petang dengan DATO' SITI NURHALIZA-


selamat petang semua..kawan-kawan cik sakura buat apa hujung minggu ini..cik sakura duduk rumah je sebab masih demam..tak pergi klinik pun sebab klinik tutup..hehehe..alasan kan..sebenarnya takut kena cucuk dengan jarum yang sakit tu..memang tak suka..badan pun masih panas lagi..tekak pun kering..selsema lagi..hah memang satu pakej dapat..tapi sekarang cik sakura dengan kawan serumah dan juga penyanyi terkenal..


jeng jeng jeng..minum petang dengan DATO' SITI NURHALIZA tu..kenapa tak percaya ke..percayalah..huk huk huk..siap nyanyi lagi tapi versi bilik mandi..mesti kalau dengar betul-betul abang HATTAN kata cik sakura nyanyi ke laut..hehe..betul la cik sakura minum petang dengan siti nurhaliza..hehe..siti nurhaliza ini bukan penyanyi terkenal tau..tapi mak andam..suara sebijik macam dato' siti nurhaliza..kelas gitu..oppss..dia dah nyanyi tadi..apa-apa pun suara dia memang sedap..lalala


jemput minum kawan-kawan semua..petang-petang kawan-kawan buat apa..jom makan puding caramel..yummy..


-sarapan yang BERAT-


selamat pagi semua..cik sakura baru balik jogging..lepas tu budak rumah ajak cik sakura pergi sarapan dekat tempat yang special..bukan restoran hotel 5 bintang tau..tapi dekat gerai atau warung yang paling terkenal dekat sebuah kawasan..macam biasa lepas jogging mesti tenaga banyak keluar kan..jadi perut mesti lapar..jom tengok menu sarapan cik sakura..jeng jeng jeng..


 roti jala

kari kambing

kuih cara

kari kambing tu..cik sakura bukan makan sangat kambing ni..bila pergi restoran arab je baru makan kambing..tapi apa-apa pun daging kambing ni memang lembut dan tidak berbau langsung..memang menyelerakan..kira sarapan berat ini..terkumpul balik lemak..jadi adakah berbaloi cik sakura jogging pagi ini..hehe..kawan-kawan cik sakura sarapan apa pagi ini..meh story-mory dengan cik sakura..


-sememangnya BILA AKU-


bila aku bersedih sudah tentu ada yang bertepuk tangan
bila aku kehilangan sudah tentu ada yang meraikan kemenangan
bila aku terjatuh sudah tentu ada yang bersorak gembira
bila aku mula mengalirkan air mata sudah tentu mereka bersuka ria
bila aku menanam benci mula mereka mencucuk jarum
bila aku hanya berdiam diri mereka terus mempersendakan
bila aku hanya memandang dari jauh mereka mula mengaitkan serba sedikit
bila aku jauhkan diri mereka mula rapat dengan cerita karut
bila aku mula menjejaki jalan sendiri tapi kena mereka mengekori
bila aku semakin jauhkan jurang mereka pula semakin merapatkan jurang
bila aku cuba melenyapkan namun mereka tetap cuba mengembalikan ingatan lama
dan bila aku termenung sendiri mereka hidup dalam keindahan
jadi
apa lagi yang mereka mahu kan dari aku
sudap cukup lakon layar yang kalian pentaskan
sudah cukup skrip tambahan yang kalian coretkan
sudah cukup pementasan dunia kalian yang karut itu
kini
yang tinggal hanya secebis kenangan
ya secebis kenangan
dan sedaya upaya ingat luputkan kenangan itu buat selamanya
jika kau ingin berdua
teruskan niat suci mu itu
sebab dari dulu hajat itu tidak pernah kesampaian
dan aku tetap aku
menanti hari esok dengan penuh kesabaran
walaupun semakin banyak nama ku dipersendakan
namun aku masih mampu tersenyum
namun tangisan yang membasahi pipi bonda ku itu
aku tidak mungkin maafkan kalian
itu pasti
sebab berdosa diri ini bila melihat bonda menangis disebabkan kata-kata kalian..

-demam DURIAN-


musim durian sekarang ni kan..sedap tu..lagi-lagi kalau dapat durian yang menepati citarasa..memang berbaloi..tapi kalau makan banyak pun memang dapat habuan juga dekat cik sakura ini..jeng jeng jeng..dah demam pun cik sakura..sebenarnya cik sakura ni kurang tidur ditambah dengan kelazatan buah durian yang baunya memang menusuk kalbu..apa lagi tak cukup sebiji dua tau..cik sakura bukan penggemar buah durian tapi makan je janji sedap..


alkisah semalam ada orang  ramai orang tepi jalan..jadi berhenti la..abang tu tawarkan harga yang memang runtuh la untuk durian-durian yang berlonggok tu..cik sakura beli juga durian yang berkualiti dalam 5 biji..terbang la duit cik sakura belanja kawan-kawan makan durian semalam..tapi best sebab makan ramai-ramai..


jangan tak caya cik sakura yang tolong bukakan semua buah durian tu tau..malam tadi memang kepanasan..mandi malam-malam buta pun tak dapat sejukkan badan ni..pagi tadi memang dah rasa lain je badan ni..tapi cik sakura masih bekerja hingga ke saat ini..hee..apa-apa pun lepas kerja nanti kawan cik sakura ajak cari durian lagi..hehehe..tapi boleh makan lagi kot..demam belakang kira..kawan-kawan suka makan durian tak..ke ada yang dah demam macam cik sakura..heee..ada DURIAN MERAH la di SABAH..