-hye SAYANG-


"sayang sayang sayang sayang tak..sayang ke tak..sayang dah makan..sayang dah mandi..sayang buat apa hari ni..abang lapar..tolong suapkan boleh..sayang ni sombong la..abang panggil pun jual mahal..mahal sangat ke sayang ni..berapa 10 ribu 20 ribu..cakap je berapa..gunung dan lautan abang sanggup gadaikan.."

eeeeeee..geli-geleman plak bila dengar..bukan cemburu bukan menyampah bukan sakit hati tapi geli..lalala..alkisah bila seorang teman menyamar diri sebagai orang lain..kejadian yang berlaku baru sebentar tadi..kawan cik sakura menyamar dan cuba bermain kata-kata dengan seorang yang bermulut manis..hah memang manis..siapa yang dengar boleh cair tau macam ais krim..hehe..nak gelak pun ada..

nak dipendekkan cerita mamat ini dah kantoi dengan kekasih hati pengarang jantung dia..hah kan dah kantoi..bila terlalu asyik melayan perempuan lain sampai kekasih sendiri menyamar pun tak tahu..bukan sekali tapi dah banyak kali kawan cik sakura ini menyamar..nak tengok sejauh mana pergerakan mamat ini..tapi diamkan sahaja..biar dia bersama ayat-ayat manisnya itu..lagi pun baru kekasih bukan tunang mahu pun suami..kata kawan cik sakura..

sebenarnya senario ini bukan berlaku pada kaum wanita sahaja tapi kaum lelaki pun mungkin ada yang mengalami..jadi tak boleh salah menyalahkan antara satu sama lain..yang penting biar lah kita jaga diri sendiri dulu kan..sebelum menyakiti hati orang lain biar lah kita jaga hati sendiri dulu..kalau dah sakit susah nak ubatkan..


Segmen Weh! Halah, die bukan nak baca pun apa aku type

apa yang nak cik sakura luahkan..kan luahkan apa yang cik sakura makan lain jadinya nanti..hehe..tak de lah..dah makan ke kawan-kawan semua..ni cik sakura dekat rumah kawan sambil menghias inai di jari..jeng jeng jeng..bukan jari cik sakura tapi jari kawan cik sakura lar..nak luah apa ye..macam baca je ABANG ZAM tu..baca ke..kalau baca angguk kalau tak baca pun angguk jugak..boleh..

cik sakura nak luahkan tentang seseorang..tetttt..siapa orang tu adalah makhluk yang bergelar manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras tapi mulut dia sangat manis dan suci..ni kira kes mengumpat ke..tak kot..sesi luahan perasaan mungkin..cik sakura nak bagi tahu dekat dia terima kasih kerana sudi melawat blog cik sakura yang tak seberapa ini..walaupun awak hanya jadi silent reader tapi cik sakura tahu kewujudan makhluk ini di blog..jeng jeng jeng..

owh ada pesanan jugak..tap perlu jadi CSI kot..kalau nak jadi CSI nak request season MIAMI tau..hehe..nak baca boleh..cik sakura memang open blog ini pada public..lagi pun cik sakura sekadar berkongsi cerita tanpa menjaga tepi kain batik atau kain pelikat orang..lalala..jadi tak payah menjaja cerita yang bukan-bukan atau memanipulasi cerita atau menokok tambah cerita..lagi pun dalam blog ini tiada nama yang berkaitan..yang ada hanya lah nama-nama bloggers yang menjadi kegemaran cik sakura..

tu je lar kot..ada orang baca tak..macam biasa kalau baca angguk kalau tak baca pun angguk jugak..nak turut serta dalam segmen ini hah tekan nama ini..klik tau nama ini..ABANG ZAM


-gaun pengantin kate middleton-


ramai yang dah tengok perkahwinan di raja pada hari ini..meriah..tapi yang menjadi persoalan dan tanda tanya measyarakat umum mesti lah mengenai gaun pengantin bukan..cik sakura pun nak melihat gaun pengantin yang akan disarung oleh KATE MIDDLETON..jadi sebelum itu jom kita tengok beberapa lakaran dari pereka terkenal..





 cik sakura suka rekaan VALENTINO..nampak sweet..mungkin sesuai untuk garden wedding..

 ini dia gaun pengantin sebenar..

close up dari dekat..simple just nice..tapi cantik..direka oleh SARAH BURTON..


-keletihan badan-

akhirnya cik sakura selamat sampai di ibu kota KUALA LUMPUR..jalan tak sesak mungkin ramai yang dah bercuti agaknya..tapi kuala lumpur tetap penuh dengan kereta..mungkin bersiar-siar di malam hari menghirup udara malam bersama teman-teman..sekarang baru nak rehat kan badan..penat memandu dan keletihan petang tadi pun masih belum hilang..

tadi masa singgah di SHELL terlihat sekumpulan remaja yang konvoi di waktu malam..macam-macam jenis motor ada..maaf la cik sakura ni tak tahu sangat jenis motor..setakat skuter yamaha ego cik sakura lama tu ingat la..tu pun lama dah tak pakai..mama cakap dia tak yakin cik sakura boleh bawak kenderaan bertayar dua kecuali basikal..hehe..owh selain budak-budak yang bawak motor ada juga budak-budak yang bawak vespa..memang comel..bukan orang tapi vespa..lalala..comel sebab warna dia yang memang menarik..dan comel lar sebab jarang-jarang nampak anak muda pakai vespa kan..tapi sekarang trend jadi tak kisah orang nak cakap apa..

isi minyak beli air terus sambung memandu..perjalanan masih jauh..dan selepas 3 jam akhirnya cik sakura selamat sampai..makan pun tak lagi ni..lapar pulak..esok je kot makan..esok pagi-pagi nak kena pergi KLIA pulak..hantar kawan..ada kerja sikit kat sabah..cik sakura di KL pun sebab ada jemputan perkahwinan dan pertunangan kawan..nak tidur dulu..selamat malam..eh kejap kenapa cik sakura tak letak entry ini VESPA..jeng jeng jeng..good night...


-tolong senyap peperiksaan sedang dijalankan-


jawab jangan tak jawab..hehehe..ada yang garu kepala yang tak gatal..ada yang tenung kertas soalan sampai boleh tertembus agaknya..adanya ketuk-ketuk pen ada yang jeling-jeling kawan..ada yang menilik-nilik soalan..dan ada yang bertungkus lumus menjawab soalan..semoga dapat jawab soalan yang mungkin mudah dengan jayanya..

cik sakura di barisan kerusi terakhir dewan peperiksaan ditemani laptop usang..duduk jauh dari students yang sedang menjalani peperiksaan selama 2 jam setengah..bermula pukul 3 tadi..dan sekarang cik sakura hanya memerhati dari jauh..bila duduk belakang nampak lar kegiatan students mahu pun tabiat-tabiat yang sering dilakukan semasa menghadapi peperiksaan akhir..lagi-lagi killer subject..killer ke..istilah wajib yang students bagi untuk subjek yang cik sakura ajar..walaupun ada pensyarah tapi kami sebagai tutor kena pastikan yang diorang ni paham menggunakan rumus dengan betul..nak jadi pensyarah lambat lagi kot cik sakura..

ada tawaran dari kolej swasta untuk jadi pensyarah tapi cik sakura tangguhkan dulu..papa cakap pikir habis-habis..takut yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran..nanti lar cik sakura fikirkan sebelum niat untuk sambung study diteruskan..tapi nak sambung bidang lama atau belajar bidang yang baru..ada apa-apa cadangan tak..


shhhh..jangan bising tau..cik sakura nak cat walk ala-ala model kat dalam dewan..perasan betul cik sakura ni..nak jalan-jalan pusing jap tengok students menjawap soalan yang diberi..hah nanti ada yang ketuk-ketuk tunjuk jawapan betul ke tak..jalan dulu ye..


-sakit mata-


penat menanda assignments dan tutorial..kawan-kawan ada yang tak tidur lagi..malas nak ganggu..mungkin tengah buat data dan analisis data..tengok jam dah nak dekat pukul 3 pagi pun cik sakura masih tak tidur lagi..esok mungkin masuk petang sebab kena jaga dewan budak-budak nak exam..

kawan-kawan semua dah tidur ke..mesti sedang diulit mimpi-mimpi indah..ok lah selamat malam semua..entry ini hanya usekadar ucapan sahaja..jap lagi la sambung keja..nak pergi dapur buat air coklat..lapar pulak..hehe..kenapa cik sakura sakit mata sebab tanda tugasan students yang tulisan macam-macam bentuk..hee..good night..




-kimia..melda ahmad-

aku mula jatuh hati kepadamu
setelah kau kata cinta padaku
masing-masing dulu punya pasangan
akhirnya kita bersama
pertama kali kita bersua bertentang mata
terasa ada kimia di antara kita

kau kucup pipiku
kau bisikan cintamu
kau kata baby I love you
kau cairkan hati ku

bahagia,
kurasa,
disaat kita berdua bersama
memandang bulan terang
menyaksi bintang-bintang
kau seru akulah pelangi cintamu

kau kucup pipiku
kau bisikan cintamu
kau kata baby I love you
kau cairkan hati ku

bahagia,
kurasa,
disaat kita berdua bersama
memandang bulan terang
menyaksi bintang-bintang
kau seru akulah pelangi cintamu
kau seru akulah pelangi cintamu

nota kecil cik sakura:
hah..bukan bermaksud cik sakura jatuh cinta ke jatuh tangga ke jatuh katil ke..bukan bukan bukan..lagu ini dulu lagu yang pernah cik sakura bagi pada seseorang..ala ala jiwang gitu..lagu ini best selain  PUTUS..lagu ini sebenarnya dah lama dekat YOUTUBE cuma baru sekarang popular dengan single PUTUS..yang KIMIA ini jarang-jarang di dengar..apa-apa pun kedua-dua lagu ini menarik untuk di dengar..

-setandan pisang tak kan busuk semuanya-

perbahasa melayu ini kaya dengan adat, tata susila, budi pekerti dan tahu menjaga ketimuran sebagai orang melayu..nak puji dengan cara tersendiri nak menyindir pun dengan cara yang tersendiri..takut ada sifat bongkak dalam diri dan takut ada yang berkecil hati sehingga merana badan..tak gitu mak piah oii..siapa mak piah..makcik jual popia kot..lalala..

dalam setandan pisang tak kan semua buahnya rosak dan busuk..ada yang boleh di makan jugak..kalau dah masak ranum tu boleh jugak dibuat lepat atau cekodok..makan waktu minum petang sambil di hidangkan dengan air teh mahu pun kopi..kan sedap tu..sedap hingga menjilat jari..tapi tak kan sebab sebiji yang buruk atau busuk habis setandan menjadi mangsa..hmm..satu pemikiran yang salah..

disebabkan seorang, satu kelas dapat malu..tadi ada seorang pelajar mengadu kepada cik sakura..katanya kelas dia mendapat malu akibat seseorang..ada seorang budak telah melakukan kesilapan yang besar sehingga mengaitkan seluruh pelajar dalam kelas itu..maruah nama kelas tergadai..kalau orang tak tahu nama mesti orang tanya kan budak jurusan apa tahun apa semestar berapa batch mana..jadi secara tidak langsung nama-nama yang tidak berkaitan menjadi berkaitan pulak..dan akan keluar lah satu kenyataan 'budak-budak jurusan itu memang perangai macam tu'..

perkara ini bagi cik sakura sudah biasa..hidup di kampus macam-macam pemikiran kita jumpa..disebabkan seseorang nama bidang yang kita belajar pun turut dikaitkan..tapi ini semua budaya lama..mungkin satu hari nanti pasti akan berubah..kita semua diberi ilmu untuk berfikir..jadi gunakanlah ilmu itu sebaik mungkin..tak guna nak pikirkan masalah kampus sebab anda semua sekarang sedang menduduki peperiksaan akhir..baik fokus dengan exam dulu..kan kan kan..

 

SEGMEN : KENAPA AKU SEORANG BLOGGER


kenapa aku seorang blogger..kenapa cik sakura seorang blogger..kenapa..kenapa..kenapa..berapa kali kenapa daa..terjebak dalam penulisan blog ketika hati tengah broken..broken heart gitu..broken yang memang tinggal cebisan yang tak mampu dicantum balik..pengalaman yang mematangkan usia dan fikiran..

bila dah ada blog ini mula-mula sekadar suka-suka meluahkan isi hati sebab nak bagi orang dengar takut nangis pula tapi lama ke lamaan ada yang sudi membaca..dan komen-komen yang membina datang hadir untuk diri cik sakura..hah gitu..terima kasih banyak-banyak..mula-mula entry pun pasal cerita sedih ingat tiada yang datang sudi membaca tapi rupanya ada..bila dari sehari ke sehari melihat impak yang positif di dalam blog ini maka secara rasminya cik sakura bergelar seorang blogger sehingga saat dan detik ini..hati pun sudah tidak broken heart lagi sebab ramai yang memberi sokongan..

jadi siapa yang berminat boleh lah join segmen ini sebelum pukul 10 malam..nak join kan siapa yang tak nak jadi tekan nama MR BEN ASHAARI..



-hidup dikelilingi nombor-


dekat pejabat nombor..mengajar pun nombor..kira data lagi lar banyak nombor..besar-besar nilai angka..bukan satu dua digit tapi melebihi enam digit..balik rumah pun nombor..sebelum nak tidur pun nombor jugak..nombor apakah itu..jeng jeng jeng..yang pasti bukan nombor ekor..

mula-mula ketagih dalam handphone..mula-mula main tahap yang mudah dulu..lama-lama semakin ketagih pula sampai tahap yang susah..ketagih..betul ke ayat cik sakura..addicted jugak dengan permainan ini sebab non-stop main..leka sekejap..susah ke..tak susah cuma masa yang diambil untuk mengisi nombor diruang kosong tu je yang berbeza..itulah dia SUDOKU..permainan mengisi 1 sehingga nombor 9..dulu main dekat handphone kini main permainan ini di surat khabar NEW STRAITS TIMES muka surat belakang sekali dekat bahagian sukan..kawan-kawan cubalah..mana tahu boleh mengasah minda..

kawan-kawan suka main permainan apa di masa lapang..kongsi lar dengan cik sakura..mana tahu minat yang sama..selamat malam..


BLOGLIST BANGKU KOSONG


masih sempatkah cik sakura ini..harap masih sempat lagi..nak turut serta juga..berminat klik BANGKU KOSONG ..cepat sebelum masa ditutup..klik tau..boleh jadi bloglist di blog HASRUL HASSAN..

 

-lagu sebelum tidur-


sebelum tidur mesti nak ada sesuatu untuk makanan halwa telinga bukan..sesuatu yang menarik bunyi..ke ngantuk terus tidur..atau letak kepala je kat bantal terus lena diulit mimpi..dekat mana pun anda berada diwaktu malam mula melabuhkan tirai mesti dengar lagu kesukaan bukan..

jadi kawan-kawan cik sakura tengah dengar lagu apa sekarang..lagu apa yang menjadi kesukaan kawan-kawan sebelum tidur ditemani bantal peluk atau anak beruang atau replika superman atau bantal busuk..hehe..jangan tak tahu ramai yang ada bantal busuk tapi tak nak mengaku..jeng jeng jeng..

owh ye sekarang cik sakura tengah dengar lagu wajib setiap malam iaitu BELLA LUNA oleh JASON MRAZ..rasanya pembaca blog cik sakura pun tahu lagu ini..sebab dah selalu cik sakura cakap dalam entry sebelum ini..tak percaya..klik SINI dan juga SINI..dan lagu kedua yang tengah ke udara sekarang ialah lagu FLY ME TO THE MOON oleh FRANK SINATRA..dua-dua pasal bulan..yelah malam kan ditemani bulan dan bintang..ahaks..

jadi kawan-kawan semua dengar lagu apa sebelum tidur..jom kongsi dengan cik sakura sambil teman cik sakura main sudoku..

"Fly me to the moon
Let me sing among those stars
Let me see what spring is like
On jupiter and mars
In other words, hold my hand
In other words, baby kiss me
Fill my heart with song
Let me sing for ever more
You are all I long for
All I worship and adoreIn other words, please be true
In other words, I love you"

-buat baik dibalas jahat-

susah ke kita nak jadi jujur pada diri sendiri daan juga orang lain..susah ke untuk membalas kebaikan orang dengan satu kebaikan..susah ke untuk menghargai kebaikan orang itu walaupun sedikit..bukan wang atau harta benda yang diinginkan tapi hanya sekadar sebuah kejujuran yang diharapkan..susah sangat ke..

harta benda, duit dan semua yang bernilai boleh dicari..tapi kejujuran yang diharapkan agak sukar untuk diperolehi..selepas kepercayaan yang diberi disalahgunakan tiada lagi rasa percaya..jujur cik sakura katakan yang cik sakura tengah sakit hati..nak marah tapi pendam..tak elok kan pendam-pendam itulah tabiat cik sakura..terlalu mudah cik sakura maafkan orang sampai orang pijak kepala..dengan apa dengan penipuan di belakang cik sakura..ye kita buat baik pada orang itu tapi orang itu balas sampah kepada kita..opss emosi geram dan marah dah datang..

kenapa harus menangis untuk orang yang macam ini..kenapa harus menangis lepas orang buat kita macam tu..kenapa harus menangis untuk orang yang dapat tipu kita bertahun-tahun lamanya..kenapa harus menangis untuk orang yang tidak menghargai diri kita..kenapa harus menangis untuk orang yang kita buat baik tapi sebagai balasan kita diberi kejahatan dari orang itu..entah lah..manusia itu yang tak pernah serik untuk melakukan kesilapan dan terus mengulangi kejahatan yang ditutup dengan muka yang baik..

 

-terjaga kembali-


selamat pagi..hello..teman cik sakura di sini..hehe..macam iklan pulak..selamat pagi..pagi lar kot..jam menunjukkan pukul 00:25 sekarang..maknanya sudah masuk hari rabu..lepas makan ubat isyak tadi terus tertidur..sekarang baru terjaga..terjaga sebab apa..sebab cik sakura perlu siapkan kerja esok..hari ini cik sakura cuti setengah hari..tak larat..doktor nak bagi cik sakura cuti tapi cik sakura tak boleh cuti dalam minggu ini..nasib badan..


sekarang tengah menikmati haruman vanilla..sedap..macam nak makan pulak..malam-malam pasang lilin..vanilla ni dapat mengurangkan sakit kepala dan pedih kat perut cik sakura dari pagi tadi..makan pun tak lagi..minum susu coklat je..bau lavender pun ok jugak kan..kawan-kawan suka bau apa pulak kalau haruman bilik..mari berkongsi dengan cik sakura..


-gastrik dan pedih ulu hati-

 

cik sakura kurang sihat sedikit hari ini..dah 3 hari perut rasa lain..rasa pedih juga disekitar perut..mungkin pedih ulu hati..tapi tak teruk..masih boleh bangun dan menjalani rutin harian yang berulang..tapi tetap gagahkan diri di waktu ini..mungkin kurang makan atau termakan sesuatu makanan yang terlalu banyak asid..mungkin..ini ada sedikit info mengenai GASTRIK..

tanda-tanda gastrik:
  • sakit perut pada bahagian atas perut mahu pun abdomen
  • rasa pedih dan tidak selesa
  • sendawa berulang kali dan kembung perut
  • hilang selera makan 
  • rasa mual dan muntah
  • hilang selera makan
  • berat badan menurun dengan banyak
cara untuk menangani:
  • berhenti merokok
  • amalkan pemakanan yang sihat dan teratur..diet yang seimbang
  • makan secara sedikit tapi kerap
  • kurangkan makanan yang pedas, bercili dan masam
  • kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein dan berkarbonat
  • amalkan minum susu kerana sifat susu yang beralkali boleh meneutralkan adan mengurangkan asid di dalam perut

jadi apa yang perlu cik sakura lakukan sekarang ialah berehat..dulu memang tak minum susu tapi lepas doktor sahkan cik sakura ada gastrik dan mengalami pedih ulu hati yang kerap jadi cik sakura memang tak boleh makan benda yang berasid..dan sekarang cik sakura dan suka minum susu..bukan susu putih hehehe..tapi susu coklat..

-sumber dari info kesihatan-


-JUVANA di TV3-

malam ini cik sakura terpanggil untuk berkongsi cerita mengenai sebuah drama..drama terbaru TV3 iaitu JUVANA..para pelakon seperti Bront Palarae, Izreen Azminda , Zahiril Adzim, Irfan Roslan dan Beto Khusairy..drama bersiri 13 episod kalau tak salah cik sakura..drama yang menarik bagi cik sakura..menarik..jom baca lagi perenggan bawah..

masa buka tv tadi cik sakura tekan saluran tv3..tiba-tiba..selalu tengok saluran ASTRO je..bila dah buka tengok drama JUVANA..dan sedar atau tidak cik sakura boleh terpaku depan tv semata-mata untuk tengok drama ini..bukan sebab cerita cinta yang penuh dugaan tapi cik sakura terpaku melihat gelagat atau tingkah laku remaja yang dimasukkan ke sekolah itu..macam sekolah HENRY GURNEY..terbayang lagi di mata cik sakura bagaimana aksi para pelakon memukul seorang budak sambil mulutnya ditekup dengan selimut..bayangkan..ish..sakitnya..

tapi cerita yang menarik..sebab kawan-kawan cik sakura pun terpaku jugak..BOTAK..nama salah seorang pelakon drama tersebut..memang sungguh kejam..menjadi ketua di sekolah itu..melihat muka sudah gerun..adik-adik yang masih kecil atau ada kanak-kanak kecil mungkin drama ini tidak bersesuaian..takut meniru aksi pulak..tapi drama ini ada pengajaran yang baik diakhir nanti..dan mungkin kita dapat menyelami apa sebenar yang tersurat dan tersirat di dalam hati seorang remaja yang bergelar JAHAT oleh mata masyarakat..kita tidak tahu kan..siapa lah kita untuk menghukum orang sesuka hati..tapi drama ini mampu menarik perhatian umum..

ye jangan lupa saksikan episod seterusnya setiap hari ISNIN jam 9 malam di TV3..


-tak sedap hati-


bukan nak cerita pasal hati ayam ke hati lembu ke hati orang lain ke..bukan-bukan..lagi pun cik sakura tak suka makan HATI..kan dah kantoi..walaupun cik sakura ini kurang darah tapi memang tak makan hati..kerang ok..walaupun kurang darah tapi sekali luka darah keluar macam air paip..banyaknya..lepas tengok darah sendiri terus pitam..apatah lagi kalau tengok darah orang kemalangan ke terhiris pisau ke..orang lain yang luka orang lain yang pitam..hehehe

isnin kawan-kawan semua adalah monday blues atau blissful monday..tak kesah yang mana satu janji kita melakukan tanggungjawab pada hari ini dengan sempurna..tak gitu..ahaks..tapi cik sakura tak sedap hati sekarang..tak tahu kenapa..semalam tidur sekejap pun sekejap dah terjaga..lepas tu langsung tak tidur.ni pun tak mengantuk langsung..rasa macam ada tak kena..berdebar-debar macam dapat anugerah..hehe..cik sakura sudah mengarut..

bila tak sedap hati tanda-tanda lain pun akan datang tiba-tiba..gelisah..buat kerja pun tak senang..tiba-tiba rasa berpeluh walaupun dah pasang air-cond..nak makan pun tak lalu..eh macam bercinta pulak..semua serba-serbi tak kena hari ini..kenapa ye..jeng jeng jeng..

 

Jom skodeng blogger lain!!


5 link yang cik sakura wajib skodeng uiks skodeng ke jeng jeng jeng..tak nak tak nak..kita tukar ayat..5 blog yang cik sakura wajib tengok dan datang baca ialah seperti berikut (skema pulak):

  1. UMAR FARUQ
  2. PUANBEE
  3. ARDINI HUMAIRA
  4. MR BEN ASHAARI
  5. UJANG 9897
hah..banyak lagi yang cik sakura suka baca..kadang-kadang jadi silent reader kadang-kadang tinggal kan komen..hehe..berminat nak turut serta dalam segmen ini tekan sekali nama yang tertera ini..sekali boleh dua kali boleh banyak kali pun boleh..suka hati yang penting kta happy..hehehe.. RED KAMIKAZE

 

-isnin kembali lagi-


hari yang paling bahagia dalam tujuh hari ialah hari ISNIN..hah jangan geleng-geleng kepala..cepat angguk ke angguk sebab tengah berzikir di malam hari..alhamdulillah..ke berzikir depan laptop..hehe..apa-apa pun dah kul 1 pagi..rutin harian akan berjalan seperti biasa..

macam biasa nanti kul 5.45 pagi dah kena bangun..rutin pun berjalan seperti biasa..nampak sangat cik sakura tidur lambat kan..kul 1 pun tak tidur lagi..sekarang cik sakura tengah semak data..berpinar mata cik sakura tengok nombor..setakat satu dua tak apa..ini ada setebal 200 muka surat penuh dengan nombor dari pelbagai negara..carry mark students pun dah siap..esok nak tampal depan pintu bilik dan pastikan cik sakura letak tanda TIADA..hehe..maknanya cik sakura tiada dalam bilik walaupun sebenarnya ada..shhh rahsia kita tau..

jadi sebelum tidur nak kena gosok baju dulu..esok nak pakai baju apa..mesti la baju kurung kan..warna apa..tak tahu lagi..minyak kereta pun esok pagi jugak isi..semua esok pagi..sempat ke tak..sempat kot..sebab tempat kerja dengan rumah tak jauh..sarapan pagi pun dekat tempat kerja kot..sarapan pagi pukul 12 tengahari..hehe..ok selamat malam semua..selamat malam juga kepada kawan baru cik sakura NANA RIDUWAN ..


saya nak jadi kawan vespa degil


dah lama cik sakura tak datang blog vespa degil ini..dulu selalu jugak..adakah cik sakura terlepas pandang..tapi cik sakura pun nak jadi kawan vespa degil ini..degil ke..itu cik sakura tak tahu..tapi tambah kawan tak mengapa kan..mama cakap kawan biar ramai musuh jangan sesekali cari..jeng jeng jeng..cik sakura suka tengok koleksi vespa dalam blog vespa degil ni..pernah request nak tengok vespa warna PINK..hehe..berminat nak nak jadi kawan apa lagi klik nama ini VESPA DEGIL  atau nama sebenar AZIZUL HAKIM..

tarikh tutup adalah 11 MEI 2011..mana tahu untung nasib tenggelam timbul dapat replika vespa..comel kan..hehe..owh ye cik sakura nak tag seorang kawan DANIAL ..

 cakk..



-angkat kain hujan jemuran dah turun-


dengar tak cik sakura cakap ni..ok ulang lagi sekali..angkat kain hujan jemuran dah turun..hehehe..hujan sekarang ni..nasib sempat angkat kain kat jemuran..banyak pulak tu..maklumlah hujung minggu..lagi pulak masa yang amat mencemburui diri ini..alasan lagi..huh..

hujan lebat di luar sana..cerita pasal hujan ini mesti PAYUNG adalah aset paling penting selain baju hujan kan..payung la yang dapat melindungi diri dari terkena air hujan..nanti takut demam pulak..kawan-kawan semua suka payung warna apa..jom tengok koleksi payung..


yang ni memang air hujan tak kena langsung dekat kepala

dah macam angkasawan pulak..

shhh..rahsia tau..cik sakura ada satu payung macam ni..

comel tak payung..
 
payung tradisional jepun..


BEN ASHAARI CARI BLOG LAH !


siapa yang mempengaruhi membuat blog..
yang sebenarnya dragon ball ada tujuh biji semuanya..hehe..gurau je..yang sebenarnya tiada siapa yang mempengaruhi cik sakura buat blog..datang dari keinginan sendiri..masa mula-mula buat blog sebab dalam keadaan tekanan yang terlalu tinggi..masalah banyak..jadi muncul untuk berblog untuk menzahirkan apa yang tersurat di dalam hati..itu sahaja..dulu sekadar suka-suka tapi sekarang macam rutin harian pulak..dapat tambah kawan baru lagi..

siapa sumber inspirasi cik sakura..
sejak cik sakura mula menceburkan diri dalam bidang penulisan blog ini banyak yang menjadi sumber inspirasi cik sakura..antaranya MR BEN , PUANBEE , ARDINI HUMAIRA , MR KAMIKAZE dan ramai lagi..cik sakura akan selalu datang ke blog mereka-mereka ini untuk melihat entry terbaru dan cara penulisan mereka..sedikit sebanyak dapat membantu cik sakura memperbaiki penulisan blog cik sakura..sekarang cik sakura masih lagi mencari idea-idea yang menarik untuk menjadi bahan pada entry-entry akan datang..

hah siapa yang berminat untuk menyertai segmen ini cepat-cepat lar buat entry dan tinggalkan link entry tersebut di SINI ..cepat sebab tarik tutup dah semakin hampir..

 

-baik jadi jahat terus-


sebenarnya cik sakura dalam keadaan marah ni..sangat marah sampai tak boleh di tahan lagi..maghrib-maghrib pun cik sakura nak melenting bukan..tapi cik sakura marah ada sebab..bukan saja suka-suka nak marah..tolong lah kalau suka-suka nak marah pun bukan ada orang suka bukan..jadi tahap sabar manusia pun ada batasnya jugak..

ada seorang minah ni..pukul 7 pagi dah keluar rumah..keluar rumah pagi dah la tak cakap dekat cik sakura..ok lantak la nak keluar pergi mana pun kan tapi itu kereta cik sakura..ada mintak izin..ok fine..keluar kejap je kan..tunggu lar..kul 12 tenghari tak balik lagi kul 2 tak balik lagi..tahu tak pukul berapa baru nak balik rumah..pukul 6 petang..kenapa tak nak balik malam je..esok pagi pun boleh balik..dah la tak minta izin nak guna kereta..kereta cik sakura yang baru lepas cuci dah macam kereta masuk kandang lembu..dulu bagi langgar boleh buat macam tak ada apa-apa..kena saman pun bukan nak tanggungjawab..

sekarang satu badan berangin..bila tanya ada je alasan..ada je yang nak dijawabnya..nak pergi mana pergi lah..tak ada kuasa nak melarang tapi harta orang sendiri mau ingat lar..bukan nak minta maaf ke apa ke..setakat nak tunjuk baik depan orang belakang macam apa itu hipokrit namanya..bukan sekali bukan dua kali tapi dan banyak kali cik sakura tegur..bukan cik sakura sahaja yang tegur kawan-kawan lain pun banyak dah tegur..hangin macam ni..bila buat baik salah tak buat baik pun salah..jadi baik sampai orang pijak kepala..hangin betul..baik jadi jahat terus kan..biar orang benci janji hati puas..buat baik apa yang dapat..eeeee

-kepada peminat MERAH JAMBU-


peminat merah jambu di luar sana..ada kah cik sakura peminat jugak..suka tapi bagi kat baby je..dari rambut sampai kasut mesti pink..cik sakura kurang minat pakai pink..setakat heels atau handbag ok..tapi kalau dari atas sampai bawah pink owh katakan tidak..hehehe..sekarang nak cat satu bilik..tapi tadi tengok bilik warna pink..tak banyak cikit pun mesti ada pink..jom tengok..






yang last sekali yu cantik kan..just nice..ingat nak warna macam tu..agaknya kalau dapat bilik warna macam tu adakah cik sakura kan berkurung sahaja dalam bilik..hehehe..tak payah kerja..dusyum..sape nak bayar kereta dengan rumah nanti.bil-bil lagi..hehehe..

 

-carbonara vs bolognese-



akibat stress yang tahap maksimum jadi malam ini cik sakura masak dua jenis spaghetti..carbonara dan juga bolognese..tak tahu nak buat apa..nak kuar memang malas sebab tak lama..seharian duduk di rumah termenung..kan dah buang masa..tapi apa boleh buat mengenangkan nasib badan..tak apa lah mungkin belum rezeki lagi..

jadi malam ini ada dua jenis spaghetti..jenuh juga kawan-kawan cik sakura nak habiskan..sebab terlalu banyak..last-last habis jugak..hehe..makasih ya habiskan..sedap ke padahal lapar kan..dah agak dah..tapi lepas mandi semua hilang sedikit ketegangan dalam diri ini..fikiran kusut pun dah kembali seperti sedia kala..mungkin ada hikmah disebaliknya kejadian hari ini..think positif..oyeah..

tapi lepas makan banyak dan lepas makan baru mandi dan mandi pun dah lewat malam memang menyumbang kepada penyakit malas..hehehe..perut pun dah penuh tapi mata masih belum mengantuk..jadi sebelum tidur apa kata dengar lagu dulu..kawan-kawan suka dengar lagu apa sebelum tidur..zzzzzz..

-warna apa sesuai untuk kamar tidur-


ada seoarang teman berkata TUHAN tak akan uji hambaNYA melainkan hambaNYA itu benar-benar mampu menghadapi segala dugaan yang di beri..teman itu berkata juga mungkin dugaan yang datang ini akan dibalas dengan kebahagian yang berpanjangan..insyaALLAH..dan teman ini masih cuba untuk membuatkan cik sakura tersenyum..tapi mampukah cik sakura tersenyum dengan ikhlas..

mungkin ada yang lagi teruk dugaan yang menimpa diri daripada cik sakura ini..kini dugaan datang lagi..dan cik sakura sendiri hampir jatuh terduduk..apa yang mampu cik sakura katakan lagi..hanya tangisan sepi mengalir..bukan untuk mengharapkan simpati cuma sekadar untuk mendapat ketenangan ini..dan tiada siapa yang lihat tangisan cik sakura..ye sebab itu cik sakura biarkan mata ini lebam macam panda seketika..

esok cuti..mungkin tiada aktiviti..cik sakura nak cat bilik..warna apa yang kawan-kawan blogger suka..mana tahu boleh cik sakura gunakan idea itu untuk bilik cik sakura..nak dua gabungan warna..ada apa-apa cadangan..

 

-jumaat yang pilu-


tanpa cik sakura sedari hari ini buat cik sakura terjatuh kembali..sampai bila pun cik sakura tak akan mampu untuk bergembira..kenapa dugaan ini yang melanda cik sakura..atas dosa atau kesalahan apa yang telah cik sakura buat..sekali lagi air mata ini mengalir..diri cik sakura ni tak habis-habis kena terima dugaan...nak je berputus asa..bagi yang melawat blog cik sakura ini maaf lah cik sakura memang tak berdaya untuk bercerita apa-apa..jumpa lagi..



-drama drama drama-


sedih betul pun ada..terharu pun ada..nak gelak pun ada..nak menangis pun ada..tapi apakan daya..ini melibatkan orang tua..jadi cik sakura hanya terdiam membisu tanpa berkata apa-apa..ya bila melibatkan tentang pertunangan dan perkahwinan memang cik sakura rasa berat nak dengar..hati rasa pedih..hmm..

mama menduga sahabat baiknya dengan mengatakan kami sekeluarga tidak dapat menghadiri majlis pertunangan anak mereka dan papa tidak dapat menjadi wakil bagi pihak keluarga mereka..mendengar sahaja mama bersuara begitu maka makcik ini mula berlinangan air mata dan hampir menitiskan air matanya..sayu bukan..bila orang tua menangis memang cik sakura rasa sayu..sayu je hati melihat orang tua menangis..

tapi mama cuma menduga..ya cik sakura dan mama akan sama-sama menghadiri majlis pertunangan anak mereka..papa ada kerja di luar negeri..tak semestinya kalau kita bersedih kita nak bagi orang lain disekeliling kita juga turut bersedih bukan..jadi cik sakura gagahkan diri untuk menghadiri majlis pertunangan ini..sedikit sebanyak makcik yang cik sakura macam ibu mampu tersenyum gembira disamping meraikan anaknya yang akan berkahwin tahun depan..

semua dah nak berkahwin dan mula menuju ke arah kebahagian..namun cik sakura masih disini..menanti sedikit senyuman yang masih belum kunjung tiba..tak bayak cik sakura pinta hanya sedikit kebahagian dalam diri ini..itu sahaja..insyaALLAH..

-mari-mari..ada pelbagai buah dan sayur dijual-

mari-mari..ada macam-macam jenis buah di sini..ini bukan pasal malam pasar borong mahu pun pasar raya ye..tapi sekadar ingin bercerita mengenai buah-buahan..jemput lah pilih mana-mana yang menjadi kegemaran anda sekalian..klik pada nama ye untuk urusan jual dan beli..




KIWI
 
TOMATO