BLOGGER LELAKI vs BLOGGER PEREMPUAN


" SETUJUKAH ANDA BAHAWA WANG HANTARAN PERKAHWINAN DISEDIAKAN 100% OLEH PIHAK PENGANTIN LELAKI  ? " 

ini persoalan yang diberi oleh MR BEN ASHAARI untuk cik sakura jawab..tak tahu kalau jawapan cik sakura ini boleh diterima oleh akal atau tidak..sekadar pendapat dari pandangan cik sakura..mungkin..benar atau tidak kita tanya sendiri pada golongan ADAM..tak gitu..
 
SETUJU..bagi cik sakura wang hantaran memang terletak 100% di atas bahu seorang lelaki..di sini lah kita boleh nampak keikhlasan seorang lelaki yang benar-benar ingin memiliki seseorang wanita untuk dijadikan seorang suri sepanjang hayatnya..kalau bercinta cakap lautan api pun sanggup diredahi kenapa wang hantaran pulak tak sanggup untuk diberi..tetapi biarlah wang hantaran itu tidak membebankan pihak lelaki..betul tak kaum ADAM..setanding kemampuan diri..lagi pun sebuah perkahwinan bukan diukur atas dasar berapa nilai hantaran itu..cuma nilai hantaran itu sebenarnya sebagai sagu hati untuk meringankan beban pihak wanita untuk melangsungkan perkahwinan..kalau nak diikutkan kalau perkahwinan melayu belah pengantin perempuan lebih banyak perbelanjaannya bukan..

dari penyediaan wang hantaran itu lah keluarga belah pihak perempuan dapat melihat kesungguhan pihak lelaki untuk memilliki anak mereka..bukan senang nak serahkan anak yang dijaga selama bertahun-tahun begitu sahaja..lihat dari sudut positif..dari situ kita dapat melihat bagaimana pihak lelaki mecari duit bukan sahaja untuk melangsungkan perkahwinan tapi untuk meneruskan alam perkahwinan itu sendiri..nak memiliki anak dara orang takkan kaum ADAM tak mampu berkorban sedikit asalkan wang hantaran yang ditetapkan itu tidak membebankan..insyaALLAH..

rasanya dah lebih 100 patah perkataan..nak turut serta dalam segmen ini senang sahaja klik nama ini BEN ASHAARI sebelum pukul 6 petang..daaa..


17 comments:

  1. xde hantaran blh x? so nnti duit yg spatutnye buat hntaran tu blh buat honeymoon kt perth ke, phuket ke, dubai ke. nice x? haha

    ReplyDelete
  2. @danial
    macam tu pulak ye..honeymoon best pegi pulau la..xpun pergi venice..romantic places..hehe..

    ReplyDelete
  3. klau xde duit hntran, cnfrm2 blh

    ReplyDelete
  4. @danial
    hehe..macam tu ye..kira danial xnak bagi duit hantaran la..

    ReplyDelete
  5. klau blh mmg xnk. yg wajib tu kn mas kawen je. tp sbb lahir2 je jd mlayu, tpkse la jgk merelakan. nk buat mcm mne. da nasib

    ReplyDelete
  6. @danial
    terpaksa ke..ala..biarlah ikhlas..bukan selalu..

    ReplyDelete
  7. tek berani masuk...belum cukup ilmu..haha

    ReplyDelete
  8. @azizul
    hehe..ni pandangan cik sakura sahaja..

    ReplyDelete
  9. sy setuju. itu tandanya si lelaki mmg serius utk kawen bukan main2. think positive........

    ReplyDelete
  10. @hitammanis
    makasih kerana setuju..apa2 pun fikir yg positif asalkan wang hantaran itu tidak membebankan..

    ReplyDelete
  11. bkn slalu tu yg berat tu. sbulan kmpul 1000 times 4 years bru blh kawen. tu yg mampu. yg xmampu lak kna buat loan. endingnya ank da 5 pn xabs utang lg. blm msuk kos bersalin, ssu ank, pampers. pk2 blk ngeri jgk la kawen kt msia ni. tp nk buat mcm mne kn. tawakal je la.

    ReplyDelete
  12. @danial
    nak seribu daya danial..sebab tu ikut kemampuan dan kesungguhan pihak lelaki..bukan nak membebankan kaum laki tapi nak lihat tanggungjawab lelaki itu sendiri..hee..apa2 pun pandangan yang menarik..tawakal itu dengan ikhlas ye..bukan ngeri tapi menarik..

    ReplyDelete
  13. hm em. mmg. rmai pmpuan ckp mcm tu. oo lupa lak nk bgtau. jgn kecik ht lak eh dgn komen2 sy tu. biase la. laki. sbb sribu daya tu yg rmai berhutang tu. sbb mmber rmai da kawen. husband diorg tpksa loan untk kawen tu. rmai yg xpuas ht sbb blnja dapur xbg, duit rumah xmmpu byr, keta kna tarik. sbb smata2 hntaran tu abs smua tnggungjwb yg lain. klau la ad lg pmpuan yg ltak hntran 5k even ad dgree pn, srius skrg gak sy kawen. diploma pn da 10k skrg. ap lg dgree. nsb baik laki. kawen lmbt xpe lg. haha

    ReplyDelete
  14. @danial
    owh jangan risau..cik sakura tak berkecil hati..menarik pendapat dari danial..at least ada kontra..sama dalam hidup ada pahit dan manis..sebab tu hantaran biarlah berpada dan mengikut kemampuan..kena fikir juga hari2 yang akan dilalui selepas perkahwinan..islam sendiri menggalakkan sebuah perkahwinan yang sederhana..5k..insyaallah ada dan menerima danial seadanya..

    ReplyDelete
  15. haha. tu metafora jela cik sakura. means klau hntran rndah, lg cpt la pmpuan tu kawen. kn nk buat masjid. bnda yg berkat. xssuai bnda yg berkat dsertakn dgn hutang. pd sy xwajar. lgpun ssh nk cari pmpuan yg nk ltak hrga berpatutan skrg. ap yg blh seorang lelaki buat, prepare for the worst jela. silap2 satu hr nnti smua laki muslim kt msia ni pg pusat muallaf cari calon bini.

    ReplyDelete
  16. Singgah sini baca pendapat dari blog Incik Ben...

    Jempot singgah BeloG MTT...:)

    ReplyDelete
  17. @danial
    hehe..ke situ pulak danial..insyaallah benda yang elok itu ALLAH akan permudahkan jalannya..kumpul duit dari sekarang..insyaALLAH hutang dapat dijauhkan..

    @Belog MTT
    makasih singgah..

    ReplyDelete