BEN ASHAARI : TERIMA KASIH IBU !


MR BEN buat segmen lagi..mari pakat-pakat memeriahkan segmen ini..tapi kalau tak ada promosi pun segmen MR BEN senantiasa mendapat sambutan..tak gitu MR BEN..barang siapa yang berminat nak join atau terjah segmen ni macam biasa tekan nama MR BEN ..ingat tarikh tutup tepat pukul 12 malam ini..

kenangan yang tidak dapat dilupakan ketika bersama ibu..
cik sakura panggil ibu cik sakura mama..hello mama..hehe..sangat berharap dapat jadi mama..walaupun orang cakap manusia tidak sempurna tapi mama adalah seorang yang sangat sempurna bagi cik sakura..mula-mula mesti lah kenangan manis..mama tak pernah tolak bila cik sakura cakap mama adik nak dress macam ni macam tu..mama akan sedaya upaya tunaikan permintaan cik sakura..masa kecik-kecik dress kembang-kembang macam budak flower girl tu menjadi kegemaran cik sakura..hehe..mama kreatif..mama yang buatkan dress untuk cik sakura tau..tengok kecik-kecik dah demand nak berfesyen..kenangan yang pahit bila pasu kesayangan mama pecah..bukan satu tau tapi dua..cik sakura, abang dan kakak main kejar-kejar..ala budak-budak..main tak ingat dunia..sekali terlanggar pasu mama..hah ada duit ke nak ganti..mama memang sayang kat pasu tu tapi tahu tak mama cik sakura cakap apa "pasu boleh cari lain tapi kalau jadi apa-apa dekat  anak-anak mama takkan ada gantinya lagi''..touching tak..lepas dengar je mama cakap macam tu kitorang adik-beradik janji tak main kejar-kejar dalam rumah lain..hehehe..dan paling manis sehingga saat ini adalah saat bersama shopping dengan mama..dan mama sumber inspirasi untuk cik sakura untuk terus berjaya..(dah lebih 100 patah perkataan tak MR BEN)

antara ibu dan ayah, siapakah yang anda lebihkan?
MR BEN..ee memang nak kena rotan ni..soalan apa ini..takpe cik sakura jawab jugak..hehehe..papa dan mama adalah orang yang sangat penting untuk cik sakura..jadi tak ada yang kurang dan tak ada yang lebih..tanpa mama tak mungkin cik sakura ada di dunia ini dan tanpa papa maka nama cik sakura tak dapat di 'binti' kan..itu penting..ingat sehebat mana pun nama kita tetap  ber 'bin' atau ber 'binti' dengan nama ayah..tak kesah ke a/l atau a/p..semua ada nama ayah kan..kalau bab peribadi lebih kepada mama..lelaki kalau cerita peribadi ini susah sikit..betul tak MR BEN..papa lebih kepada kerjaya dan pendidikan serta soal pengurusan wang..hehehe

apakah anda sanggup tinggalkan ibu atau ayah anda di rumah orang tua ? 
memang sangat tak wajar..walaupun sekarang ada rumah orang tua mewah..macam rumah persinggahan mewah..first class ok..macam duduk kat hotel..tapi sangat tak wajar..ibu bapa kita boleh bela anak sampai tujuh orang tak kan seorang anak tak boleh bela mak ayah kan..ala cik sakura cakap je senang..hello..tu mak ayah kita..apa perasaan kita kalau masa kecik-kecik kita di hantar terus ke rumah anak yatim sedangkan kita masih ada ibu dan ayah..hah macam tu la perasaan ibu bapa kita..masih ada anak tapi mereka di hantar ke  rumah orang tua..pernah ingat tak setitis air mata ibu mengalir itu dikira dosa..(alamak terlebih sudah)

pendapat anda mengenai anak anak yang sanggup bercakaran merebut harta pusaka orang tua mereka..
perlu ke..harta tak boleh dibawak masuk dalam kubur..kalau dapat masuk pun tak kan boleh guna..akan reput macam badan kita juga..ingat tu..harta pusaka tak boleh dibawa main..hukum tetap ada..tak perlu berebut sebab akan berlaku persengketaan sampai ke mati..sebab harta nak putus keluarga..ibu bapa kan dah beri kita bekalan pendidikan yang cukup jadi gunakan pendidikan yang ada untuk cari harta sendiri..cuba orang rampas harta kita setelah berusaha sampai ke titis keringat terakhir..marah tak..ish2..(TAMAT)

7 comments:

  1. bersama-sama berusaha menjadi anak yg s0leh dan s0lehah...
    serta menggembirakan mereka semasa hayat mereka...

    ReplyDelete
  2. salam singgah n follow!
    memang sedih bila bercerita pasal ibu jadi hargailah ibu anda selagi mereka masih ada...

    ReplyDelete
  3. @solo molo
    amin..insyaalla..

    @mas saari
    makasih mas..betul..ibu hanya seorang..dan memang patut dihargai..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.. ibu kamu terbaik, sama sepertimana Mama Nadh, terbaik buat Nadh.. kita sama2 pastikan, kita jugak jadi anak yang baik, yang soleh buat mereka, dan masa depan, kita ibu bapa contoh buat anak2 kita ya.. ;)

    ReplyDelete
  5. @fRaMe+LenSeS
    insyaallah..bukan harta yang mereka inginkan cuma anak-anak yang baik dan menghargai mereka itu sudah cukup sempurna bagi mereka..

    ReplyDelete
  6. sedihnya, uwaaaa, apa apa pun, sempoii, visit me too ya :

    oh ibu ! aku sayang padamu ! =)

    ReplyDelete
  7. @Azza Firza
    xmo nangis ya..nanti cik sakura dtg..tunggu..

    ReplyDelete