-hidup ini biarlah macam buah MANGGIS-

kenapa cik sakura cakap macam tu..kan2..malam2 ni nak mengarut sikit sebelum nak memulakan hari esok..esok nak mulakan tajuk baru untuk student cik sakura..esok ada meeting dengan dekan fakulti dan esok juga nak naikkan markah..esok nak kena gerakkan tutorial dan mengajar cara2 menggunakan software untuk kumpul dan analisis data..macam2 untuk dilakukan esok..

kenapa dengan buah MANGGIS..hidup ini terlalu indah kan sampai kecantikkan itu menjadi pujaan dan kebanggaan orang lain..memiliki kecantikkan yang menjadi dambaan orang itu satu anugerah yang harus disyukuri..tak semua orang memiliki kecantikkan itu kan..tapi percayalah TUHAN dah menciptakan setiap umatNYA dengan kecantikkan tersendiri..kalau cantik di luar tapi tidak di dalam pun tak guna juga..tapi manusia senantiasa lupa dan lalai dengan kecantikkan luaran sahaja sehingga terlupa kecantikkan dalaman..ingat cantik di luar boleh luntur bila sampai harinya kelak namun kecantikkan dalam xakan luntur sampai bila-bila..

apa kaitan dengan buah manggis..buah manggis kan warna ungu kehitaman di luar..tapi di dalam puti h bersih..macam tu lar perumpaan yang cik sakura nak beri pada sahabat cik sakura ini..dia terlalu merendah diri..katanya dia tidak cantik seperti teman-teman yang lain..dia tidak memiliki raut wajah yang mampu menarik perhatian golongan ADAM..dan tiada sesiapa yang menyukai dia dengan rupa yang tiada serta fizikalnya yang macam itu..terlalu bersedih sehingga menyebabkan keadaan menjadi murung..cik sakura hanya mendengar keluh kesahnya..nak marah tapi cik sakura tak reti marah..hanya mampu menasihati dirinya supaya tabah dan terima apa yang telah ditakdirkan itu dan bersyukur dengan apa yang ada..

untuk pengetahuan rakan-rakan semua memang rakan cik sakura ini tidak mempunyai raut wajah yang cantik macam ratu cantik itu..tapi cik sakura nak nyatakan kat sini dia mampu memiliki harta lebih dari orang yang cantik..ilmunya sahaja sudah cukup memukau orang apabila dia menyampaikan pendapat..suaranya cukup merdu mendendangkan alunan bacaan al-quran..gerak geri yang sopan membuatkan student2 dia amat menghormati dia sebagai seorang pensyarah..jadi siapa kata dia xcantik..untuk apa paras rupa kalau hanya membanggakan wajah di muka tapi tidak mempunyai apa2..

bukan cik sakura berpihak hanya kepada rakan cik sakura ini namun cik sakura dah melihat contoh di depan mata..memang akui orang ini amat cantik bagi golongan lelaki..tapi setelah diselidik perempuan ini terlalu banyak 'KAKI' dalam hidupnya..kaki apa yang dimaksudkan kawan-kawan paham sendiri ye..kaki yang boleh menyebabkan golongan ADAM menukur status seorang perempuan kepada dot dot dot..

siapa lah cik sakura untuk menilai manusia..tapi cik sakura rasa sekadar cantik dil uar memang tidak cukup untuk berjaya dalam hidup ini..cantik itu terlalu subjektif..tak semestinya cantik di luar itu menjadi ukuran..kalau dah memang cantik itu sebagai bonus tapi kalau lengkap sampai kecantikan dalaman itu sangat berkualiti..jadi hargailah diri sendiri..teringan makan manggis plak..hehehe..

No comments:

Post a Comment