-bila penipu berpura-pura jadi seorang yang jujur-


kan bagus ada pinocchio..kalau menipu je confirm hidung akan jadi panjang, panjang dan terus panjang..kalau 6 tahun menipu jadi pikirkan berapa panjang hidung tu kan..tapi masalah kita bukan pinocchio..kalau hidung mancung sekali pun belum tentu panjang berjela-jela kan..jadi macam mana nak kenal pasti orang yang sedang menipu..banyak caranya terutama bila orang tu mula tergagap..then resah semacam je then anak mata dia tak pandang kita..semua tu dah nampak..cuma berdiam diri je pura2 tak tahu yang dia sedang menipu..

susah nak percaya orang yang dah terlalu banyak menipu ini..percaya lah tiada siapa yang suka bila kena tipu..tapi bersyukur kan kalau dapat tau lebih awal sebelum memulakan sebuah ikatan yang suci..siapa yang nak kahwin banyak kali..kalau ada pun mungkin akan berkata sudah takdir menentukan segalanya..tapi percaya lah rata-rata inginkan sebuah perkahwinan yang bahagia dan hanya akan berlaku sekali seumur hidup..topik yang agak berat untuk dibincang tengahari ini..tapi sekadar berkongsi rasa dan derita..


laman sosial ada yang mendatangkan kebaikan mahu pun keburukkan..macam kain putih juga lah..kita diberi pelbagai warna untuk mencorakkannya..jadi terpulang kepada individu untuk menggunakan laman sosial ini untuk ke arah mana..tapi bila dah nampak penipuan di depan mata nak lari pun xguna..ini bukan penipuan kali pertama..banyak kali sudah..jadi tepuk dada tanya diri sendiri perlukah percaya orang yang dah bertahun-tahun menipu kita..dan apa gunanya laman sosial itu kalau berahsia dari orang tersayang..hmmm..

ada yang berkata saya tetap akan bagi peluang kedua ketiga keempat dan seterusnya sampai penat..betul ke..jarang orang akan dapat peluang kedua ketiga tau ke 100 kali..semua itu bergantung pada diri juga kan..

"a liar should have a good memory..-quintilian"



No comments:

Post a Comment