-titisan air mata mengalir tanpa henti-


adakah saya seorang yang tabah
terlalu banyak dugaan yang saya tempuhi
mengharapkan sinar yang masih belum kunjung tiba
masih mencari-cari kebahagiaan
air mata
terlalu banyak yang mengalir
saya xmampu lagi bertahan
untuk mengharungi hidup ini
walaupun
teman-teman sering bercakap
ada yang lagi teruk dugaan dan ujian yang dihadapi
berbanding saya
tapi
saya dah xmampu lagi
saya dah xkuat
haruskah saya menyembah dan jatuh ke bumi
setelah apa yang saya usaha
hanyalah sia-sia sahaja
terasa sendiri
mengenang nasib diri
orang melihat saya tersenyum
tapi jauh di lubuk hati
hanya TUHAN yang maha mengetahui
tersepit antara 2 ego
tersepit dengan kekerasan hati
dan xmampu untuk mempercayai lagi
xnampak kesungguhan untuk memiliki
seolah-olah diri ini hanya satu permainan duniawi
sedangkan mulut terlalu asyik melafaz janji
TUHAN
tabahkanlah hati ini
walau tiada siapa yang mahu mendengarnya lagi
tapi
hambamu ini berserah kepada MU
biarlah airmata ini mengalir tanpa henti lagi
hanya ini dapat menenangkan hati yang duka
xmampu berbuat apa2
walaupun duduk di sangkar emas
tapi sayang
kaki tangan telah digari
kehidupan yang sedia maklum telah diaturkan
mahukah menjadi anak derhaka
sekiranya memungkiri
atau melanggar perintah
hanya disebabkan mengikut kata hati
tapi
tidakkah sedar yang ianya menyeksakan
terlalu menyeksakan
walaupun tiada luka mahupun darah yang mengalir
namun
hati yang merasa apa yang tersurat dan tersirat
xmampu untuk dizahirkan
sampai bila harus begini
sampai bila harus berada di dalam kurungan emas
air mata yang mengalir
dibiarkan sepi
tanpa rasa belas kasihan sedikit pun
hati yang merintih hanya dibiarkan
siapa yang tanggung
mereka memang mengaturkan
rasa sakit hanya diri ini yang ketahui
senyuman yang menghiasi bibir
hanyalah lakonan semata-mata
sedangkan jiwa yang meronta-ronta
kaku dan kelu buat selamanya
diam xbererti tidak mengetahui
terlalu banyak penipuan berlaku
ibarat hidup ini kenyang dengan penipuan
terlalu mudah untuk menipu
hati yang ditipu dibiarkan sakit sendiri
mengharapkan perubahan
tapi malang
ianya xpernah dan xakan berlaku
titik
jangan mengharap perubahan itu
sebab
perubahan itu xakan berlaku
akhirnya yang makan hati
siapa
SAYA
menggunakan medium ini untuk melahirkan rasa
takut ada yang tersalah sangka
menzahirkan pada orang lain
bimbang ada perasaan lain yang hadir
tidak tiada niat untuk itu
sebab
hati ini telah tertutup rapat
bukan untuk berkeras hati
tapi entah lah
ianya seolah-olah dah tertutup insan lain
jadi
janganlah salah sangka
atau
salah faham
mungkin ini caranya untuk menzahirkan
melegakan hati ini
dan mengharapkan sinar suatu hari nanti
-amin-



No comments:

Post a Comment