-wanita sama dengan buah-


hah..wanita macam buah ke atau wanita sama dengan buah..ish..jangan risau..cik sakura bukan nak cakap benda mengarut pun tapi  nak cakap bentuk tubuh badan seorang wanita..itu sahaja..bukan berkaitan buah pun cuma gambaran sahaja..tapi lelaki ada ke bentuk badan macam buah..hahaha..kalau ada pun boleh baca jugak..


1-BUAH EPAL..
Ciri-ciri: Wanita yang mempunyai tubuh berbentuk EPAL mempunyai ukuran bawah yang sama lebarnya pada semua bahagian iaitu lurus dari atas ke bawah, justeru tidak memiliki lengkok. Bahagian atas dan bawah tubuh kelihatan lurus dan selaras daripada bahu ke pinggul. Lemak biasanya terkumpul pada bahagian abdomen atau perut dan menjadikan perut nampak lebih ketara. Bentuk ini menjadikan pemiliknya kelihatan pendek walaupun dia sebenarnya tinggi. Mereka seolah-olah berpinggang pendek dan bahagian bahu pula kelihatan seolah-olah lebar. Masalah tubuh ini ialah kerana pinggangnya yang lebih besar daripada bahagian pinggul sementara bahagian perut pula menonjol. Namun tubuh berbentuk tempayan mempunyai peha dan kaki yang kecil.

Cara bergaya: Pakaian perlu memperbetulkan bentuk tubuh khususnya perut supaya tidak tampak terlalu besar. Elakkan poket, lapel lebar dan sebarang hiasan di dada. Bagi yang gemar bergaya dengan skirt,pilih berbentuk lurus, atau bahagian pinggang yang mempunyai sedikit lipatan. Elakkan seluar ketat atau potongan pensil. Untuk membantunya, pakai skirt atau seluar panjang yang memeri kerana ia membantu bentuk tubuh seimbang.

Warna: Pakai warna gelap pada bahagian atas dan warna cerah untuk skirt. Disebabkan tubuh yang besar, elakkan motif besar kerana anda akan kelihatan lebih besar. Memandangkan bahagian pinggang dan perut yang besar, elakkan sebarang corak termasuklah poket pada bahagian berkenaan.


2-BUAH PIR..
Ciri: Memiliki bahagian atas lebih kecil daripada bahagian bawah iaitu besar di sekitar pinggul dan peha kerana lemak berkumpul di sini. Secara tidak langsung ia menyebabkan pinggang kelihatan kecil dan ramping. Tetapi wanita jenis ini tidak memiliki payudara yang besar. Meskipun dikatakan bertuah kerana mempunyai pinggang yang ramping, anda memiliki betis agak besar.

Cara bergaya: Perlu lebih berhati-hati kala memilih pakaian bagi memastikan bahagian bahu tampak luas, pakai baju yang ada pelapik bahu yang kecil untuk mengimbangi pinggul yang besar.
- Usah kenakan skirt labuh kerana anda akan kelihatan lebih besar.
- Blaus pula usah terlalu labuh dan pastikan ia tidak jatuh pada garisan paling lebar kerana akan kelihatan lebih lebar.
- Jangan pakai jaket dengan skirt atau seluar yang ketat pada bahagian pinggul.
- Bahagian bahu perlu dilebarkan 1.5 sentimeter hingga dua sentimeter. Alas bahu ialah 1 hingga 1.5 sentimeter.

Warna: Pakai warna cerah untuk bahagian atas dan warna gelap pada bahagian bawah sama ada skirt atau seluar panjang, supaya mata memandang ke bahagian atas, bukannya ke bahagian pinggang ke bawah. Elakkan motif fabrik yang terlalu sarat dan besar pada bahagian bawah tubuh. Jalur menegak pada bahagian bawah untuk membuatkan punggung kelihatan lebih kecil.   
 
daripada sumber info kesihatan..


4 comments:

  1. @puanbee
    yeke..cik sakura xtau cik sakura yg mana satu..

    ReplyDelete
  2. nadh terlalu suka apple smpai ada orang panggil hencek apple. hehe.. nice info la. ;)

    ReplyDelete
  3. @fRaMe+LenSeS
    tu la..cik sakura terbaca info ini..byk lagi tapi yg ni sering diutarakan..

    ReplyDelete