-keletihan badan-

akhirnya cik sakura selamat sampai di ibu kota KUALA LUMPUR..jalan tak sesak mungkin ramai yang dah bercuti agaknya..tapi kuala lumpur tetap penuh dengan kereta..mungkin bersiar-siar di malam hari menghirup udara malam bersama teman-teman..sekarang baru nak rehat kan badan..penat memandu dan keletihan petang tadi pun masih belum hilang..

tadi masa singgah di SHELL terlihat sekumpulan remaja yang konvoi di waktu malam..macam-macam jenis motor ada..maaf la cik sakura ni tak tahu sangat jenis motor..setakat skuter yamaha ego cik sakura lama tu ingat la..tu pun lama dah tak pakai..mama cakap dia tak yakin cik sakura boleh bawak kenderaan bertayar dua kecuali basikal..hehe..owh selain budak-budak yang bawak motor ada juga budak-budak yang bawak vespa..memang comel..bukan orang tapi vespa..lalala..comel sebab warna dia yang memang menarik..dan comel lar sebab jarang-jarang nampak anak muda pakai vespa kan..tapi sekarang trend jadi tak kisah orang nak cakap apa..

isi minyak beli air terus sambung memandu..perjalanan masih jauh..dan selepas 3 jam akhirnya cik sakura selamat sampai..makan pun tak lagi ni..lapar pulak..esok je kot makan..esok pagi-pagi nak kena pergi KLIA pulak..hantar kawan..ada kerja sikit kat sabah..cik sakura di KL pun sebab ada jemputan perkahwinan dan pertunangan kawan..nak tidur dulu..selamat malam..eh kejap kenapa cik sakura tak letak entry ini VESPA..jeng jeng jeng..good night...


4 comments: