-LARANGAN dari BOS-

cak..lama betul cik sakura bercuti kan..tapi bukan bercuti sebab raya tapi bercuti dari menulis di blog ini..aiseh..maaf ye kawan-kawan cik sakura semua..cik sakura sibuk sedikit untuk satu program melibat satu MALAYSIA..bukan slogan 1 MALAYSIA tu tau..tapi ini melibatkan semua negeri..jadi banyak tanggungjawab yang terpaksa cik sakura laksanakan..kena siap sebelum naik mesyuarat minggu depan..aiseh lagi sekali..kena jumpa pengarah dan menteri pula..

tajuk di atas..jeng jeng jeng..sepatutnya cik sakura kena keluar melawat kawasan di samping kutip maklumat dan segala benda yang boleh dikutip..borang kenderaan dan pemandu telah diisi dan disediakan..timbalan pengarah dah luluskan pun..tapi boleh plak bos cik sakura tak bagi keluar..apa kes bos..orang nak buat kerja bukan nak shopping..eee..memang bos cik sakura tak bagi keluar ni..jadi nampak gaya bertapa la cik sakura di dalam pejabat ni..hah bos nak orang teman bertapa bersama bos ye..wekkk

apa-apa pun cik sakura rindukan blog ini..dan rindukan siapa lagi ye..hah..ce teka cik sakura rindu siapa..jeng jeng jeng..teka tau..


5 comments: