-KEPERLUAN atau KEHENDAK-


terasa lama sangat cik sakura tak menulis di sini..maaf ye kawan-kawan..cik sakura sibuk dengan rumah terbuka dan persiapan untuk hari khamis lagi..alhamdulillah segala persiapan telah selesaikan..hanya berbekalkan 5 beg tidak termasuk kotak-kotak kasut telah membuatkan papa sekali lagi geleng kepala..macam nak tinggalkan terus je rumah papa perli cik sakura..hehe..biasa la cik sakura rasakan setiap barang yang cik sakura bawak itu satu keperluan dan bukan kehendak..keperluan sampai 5 beg besar..haha..keperluan ke..

bagi yang belajar ekonomi mesti tahu mengenai penawaran atau penerimaan..mahu pun belajar demand curve atau supply curve..ek dah masuk subjek ekonomi pulak..dulu masa belajar memang cik sakura pening pasal keluk-keluk ni..nak bagi paham betul-betul cik sakura kan lukis banyak kali..setiap kali nak buat garisan atau apa sahaja maka banyakklah warna yang akan cik sakura guna untuk membezakan setiap garisan..nak bagi faham punya pasal..tapi masa dalam peperiksaan cik sakura tak guna warna pun..nanti cakap macam dalam tadika pun..hehe..lain orang lain teknik pembelajarannya bukan..opps..

kehendak atau keperluan..macam penawaran mahu pun permintaan konsepnya..keperluan macam benda yang kita perlukan dalam hidup untuk menjalankan aktiviti seharian..telefon bimbit sekarang pun adalah salah satu keperluan bukan..cuba tengok dalam sebuah isi rumah..setiap ahli mempunyai sekurang-kurangnya satu telefon bimbit..tapi kalau lebih dari satu itu namanya kehendak..hehehe..cik sakura nak bagi contoh yang senang..sebab papa baru je ceramah cik sakura..hehe..kasut memang satu keperluan..takkan nak pergi kerja nak berkaki ayam pula kan..tapi macam cik sakura ni kasut kerja itu warna baju..tak pun ikut warna beg tangan..kalau tak ikut pun memang ikut selara mahu pun mood hari tu..jadi adakah kasut tumit tinggi cik sakura itu satu keperluan atau kehendak..hehe..anda sendiri tafsirkan..

walau apa-apa pun cik sakura hanya mampun tersenyum..yang pasti cik sakura tetap akan bawa kasut tumit tinggi itu bukan satu tapi jeng jeng jeng..belum dikira lagi bilangannya..jumpa lagi..


2 comments:

  1. bak kate mak eqin...

    kaki ada due..tapi kasut mcm kaki ko kaki sotong..hahah...tu baru skotak je..time study...

    klu dah keje cam cik sakura..haruslah same je cam cik sakura...huhuhu

    ReplyDelete
  2. @AsyieqiN Rkey
    hehe..sama la mama pun cakap macam tu..tapi nak wat macam mana dah hobi cik sakura..hehe..

    ReplyDelete