-bukan niat nak balas DENDAM-

ingat dendam tidak akan bawa kita ke mana..dendam la selama mana yang mungkin..tapi yang tanggung sengsara diri kita sendiri..bukan bermakna kita biarkan orang membuat kita cuma tiada guna untuk membalas balik atau berdendam..biar TUHAN saja yang tentukan..jangan la berdendam sehingga ke nafas terakhir..kelak susah nanti untuk meninggalkan dunia ini..menambah sakit dan seksa sebelum menghembuskankan nafas yang terakhir..ini semua menginsafkan diri cik sakura sendiri..

kalau berdendam sampai mati la berdendam..oleh yang demikian jangan la berdendam..nasihat untuk diri sendiri juga..beri layanan yang sepatutnya..bila kita hargai orang, orang akan hargai diri kita..namun jika tiada orang hargai diri kita ini maka kita harus hargai diri sendiri..siapa nak sayang diri sendiri  kalau bukan tuan empunya badan kan..rata-rata bila kita tanya siapa yang paling kita sayang..ada pelbagai jawapan yang kita akan dapat..namun dipenghujungnya adakah kita terlupa sesuatu..ya kita terlupa untuk sayang diri sendiri dulu..

sebenarnya satu ujian pernah diadakan..bertanya tentang siapa yang paling kita sayang..rata-rata bagi jawapan yang kita boleh agak..kemudian penceramah itu memanggil seseorang untuk melihat dalam kotak yang telah disediakan..katanya ada yang kita terlupa untuk kita sayang dahulu..nak tahu apa dalam kotak itu..CERMIN..dan tahu apa yang imej yang dipaparkan..mestilah tuan empunya diri..dan rata-rata bersetuju yang mereka terlupa untuk mengatakan yang mereka menyayangi diri sendiri terlebih dahulu..

biar apa pun yang telah berlaku di dunia ini biarkan..jangan kita balas..jangan rosakkan diri kita dengan dendam..ingat dunia bukan hak milik kekal..jadi untuk apa berdendam..mungkin apa yang berlaku sebagai ujian..dan berkat kesabaran kita dan ketabahan kita insyaALLAH diberi ganjaran..siapa tahu bukan..dendam hanya menambahkan luka di hati..dendam akan merosakkan hati..bila hati sudah hitam diri kita akan dikaburi..maka yang rosak hanyalah diri sendiri..memakan diri sendiri akibat dendam yang berterusan..


5 comments:

  1. Saya teringat dengan kata2 seorang teman.
    "sampai ke mati pun, aku takkan pernah mahu mamaafkan orang itu"... huhuhu
    berdendam hanya akan melahirkan sifat dan hati yang penuh kebencian... jauhilah kita daripda sifat sebegini..
    Kembali lah ke pangkal jalan.. salam maaf memaafi sesama kita kerana tiada manusia yang betul2 sempurna

    ReplyDelete
  2. susah nak lari dari sifat dendam ni...

    ReplyDelete
  3. betul.. dendam ni tak kemana... kalo layan dendam, hati sendiri yang sakit. baik jangan sakiti hati sendiri :)

    ReplyDelete
  4. @sully86
    betul..sangat tidak sihat..

    @Gen2Merah
    betul cakap awak..tidak elok berdendam kelak memakan diri sendiri nanti..apa2 pun terima sesuatu itu dengan rela hati..

    @Run Away
    mungkin boleh cuba elakkan..

    @Ardini Humaira
    betul..sayangi diri sendiri kan..

    ReplyDelete