-cik sakura kena PAKSA KAHWIN-

PAKSA KAHWIN..adoi..terdiam seketika bila kawan-kawan suruh cik sakura kahwin untuk mengelakkan masalah berlarutan..ye bila sudah ada orang naik minyak dan mula menabur minyak macam-macam boleh terjadi..alamat gaya kena parang juga cik sakura kat sini..owh ye..tempat cik sakura ni majoriti orang-orang lama..oldskol..maklum saja la ibu pejabat..ibu pejabat mana nak orang muda sangat..semua diorang hantar ke daerah-daerah..kalau muda pun hanya perempuan sahaja..lelaki jangan harap la..seminggu je lepas tu dah dapat arahan pergi masuk kampung..hmmm..

berbalik keadaan pejabat cik sakura..majoriti orang lama..mesti banyak makcik-makcik..dan tidak dilupakan pakcik-pakcik..majoriti pengurusan tertinggi adalah orang-orang lama yang menunggu masa untuk pencen..owh itu tidak langsung menjadi masalah pada cik sakura..dan sekarang aktiviti menambah cawangan pula sedang giat dijalankan..macam penyakit berjangkit..sorang-sorang mula buat tambahan cawangan..ada yang tak paham ke..maksud cik sakura mereka dah mula pasang bini dua..sekarang dah ramai tempat cik sakura berbini dua..ada yang berbini empat tapi masih menggatal jugak..nak kira gelaran masyaALLAH terkedu pula cik sakura mendengar..ini tiada kaitan dengan SHAM KAMIKAZE tu ye..memang betul2 'kamikaze' sebab berani buat cawangan baru tanpa pengetahuan isteri pertama..

apa kaitan dengan cik sakura..sekarang gosip cik sakura dah semakin menular..sampai makcik-makcik cleaner pun tahu..dan sekarang diorang dah mula perli cik sakura..nak tahu perli apa.."AWAK MANA NAK NAIK KERETA SAYA..AWAK PILIH YANG ADA MERCEDES JE"..sentap hati cik sakura dengar..ye akui cik sakura selalu keluar makan dengan mentor cik sakura (bukan program mentor tv3) tapi keluar sekadar makan tengahari dan bukan berdua ramai lagi..tapi cik sakura yang kena..sekarang ada sorang bos dah mula tarik muka dengan cik sakura..bayangkan kerja satu tempat..dengan orang lain dia gelak ketawa tapi bila nampak cik sakura terus diam membisu dan tarik muka..apa salah cik sakura..payah betul bila orang tua merajuk..

sekarang cik sakura disuruh kahwin untuk selesaikan masalah..ingat kahwin ni sehari dua ke..adoi..kahwin pun kena kerja juga tempat yang sama..lain la kalau disuruh cik sakura duduk rumah goyang kaki..hah..jangan harap la..sampai ada yang suruh cik sakura mandi bunga..sebab kesian tengok cik sakura tak habis dilanda masalah..sampai macam tu sekali..hmm..rasa nak pergi bercuti tenangkan fikiran..kawan cik sakura pergi KOREA cik sakura nak pergi mana ye..pergi kutab utara boleh tak..hmmm..


selamat hari lahir buat seseorang yang pernah cik sakura sayang..perhubungan yang singkat..kurang dari setahun..namun impak yang di beri sangat besar dan bermakna..terima kasih di atas segala nasihat yang diberi..ingat kata-kata si dia dulu 'JANGAN SEKSI SANGAT..BIARLAH HANYA JADI PERHIASAN UNTUK MATA SUAMI'..jadi cik sakura berubah..bukan untuk dia tapi demi TUHAN yang memberi cik sakura satu lagi peluang untuk hidup..alhamdulillah..perubahan itu kekal sehingga kini..cuma jodoh kami tak panjang..

kini cik sakura hanya mampu mengucapkan kata-kata ucapan dari jauh..takut ada insan lain yang akan menimbulkan 1001 macam cerita..biarlah detik-detik manis itu cik sakura simpan untuk selamanya..dan buat ABANG, selamat hari lahir cik sakura ucapkan..cik sakura tak pernah lupa tanggal 20 APRIL..selamat hari lahir sekali lagi..semoga bertemu dengan seseorang yang amat memahami diri abang dan menjadi tulung rusuk kiri abang buat selamanya..insyaALLAH..





-LUKA dan LEMON-


apa lagi cik sakura nak cakap..jumaat hari yang mungkin dapat memberi ketenangan tapi sayang ketenangan telah diragut akibat sikap dengki dan iri hati..orang akan cuba mencari pelbagai isu untuk menambahkan luka seseorang..kerana mulut mereka badan orang lain yang binasa..

ya..terima kasih banyak-banyak..jangan sebab cik sakura tak layan maka anda sesuka hati menabur fitnah..bukan sahaja fitnah malah isu kecil pun nak diperbesarkan..tidak mengapa..sebab cik sakura tahu kalian sangat menyayangi diri ini..sebab itu kalian tidak habis berkata-kata..ada sahaja yang nak diperkatakan..kenapa nak jaga tepi kain cik sakura ye..kain cik sakura tidak pernah terkoyak..nak rasa sup kasut tumit tinggi tak..memang sedap untuk santapan tengahari nanti..

sekian..mood lari ke laut..sedapkan bila luka pastu kita perah dengan perahan jus lemon..memang sedap..terima kasih kepada kalian sebab berjaya buat luka semakin bertambah teruk..