-SELAMAT HARI RAYA dari cik sakura-


terlebih dahulu cik sakura dan keluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua umat islam tidak kira di mana jua anda berada dan terutama sekali kepada para bloggers yang cik sakura sayangi..cik sakura pohon ampun dan maaf andai kata terkasar bahasa atau tersilap budi bicara sepanjang penglibatan cik sakura dalam penulisan blog..jika ada yang berkecil hati dengan penulisan cik sakura sepuluh jari cik sakura susun untuk pohon kemaafan..

selamat hari raya sekali lagi..pagi raya selapas sembahyang raya cik sakura akan menziarahi kubur arwah tokwan cik sakura serta saudara-mara yang telah kembali menghadap yang MAHA ESA..titipan surah yaasin bersama air mawar dan doa di hulurkan..agar roh mereka tenang bersemadi di alam sana..

buat mama papa hanya satu yang cik sakura pohonkan..restuilah pemergiaan cik sakura kali ini..semoga ianya akan memberi kebahagiaan bukan sahaja untuk diri ini tapi untuk keluarga kita juga..dan akhir kata..selamat hari raya semua..makan ketupat ke rendang ke atau apa sahaja ingat lah cik sakura di sini..hehe..


-tangisan MALAM RAYA-



menangis bukan sebab kesedihan..tapi sebab BAWANG MERAH..tak tahan mata cik sakura ni..kena kupas bawang merah bukan satu tapi banyak..lepas tu kena hiris lagi..jeng jeng jeng..maka menangis la malam raya cik sakura ni..kerja di rumah tak habis lagi ni..walaupun depan rumah dan berkemas namun di dapur keluarga cik sakura masih menyediakan juadah raya untuk esok hari..bunga api meletup-letup di ruang angkasa..cantik..bukan mercun tau..bahaya..dengar takbir raya syahdu pula di hati ini..arghh sedihnya..air mata mengalir bukan kerana sedih tapi kerana bawang tau..sambil layan lagu pulanglah nyanyian aisyah..jeng jeng jeng..


-bila semua orang sibuk di DAPUR-

cakk..mesti sibuk kan kaum-kaum HAWA semua..nak masak rendang, ketupat, kuah kacang dan pelbagai juadah lagi..cik sakura pun sibuk juga..tapi bukan sibuk di dapur tau tapi sibuk mengejar anak buah cik sakura ni..penat la nak mengejar diorang ni..bila main dah tak ingat dunia..mentang-mentang tak puasa..hah mula la cik sakura nak membebel kan..yang tak larat nak dengar cik sakura membebel sila tutup telinga..eh macam la dengar kan..jeng jeng jeng..

cik sakura kerja mengemas rumah je..yang lain semua mama dan kakak ipar yang uruskan bersama bantuan bibik-bibik cik sakura yang tidak dapat pulang ke kampung halaman..sian bangat deh..bukan tak bagi balik tapi diorang nak beraya di MALAYSIA..cik sakura tak pergi dapur ke tolang masak..haha..dah tak larat sebab cik sakura dah bersengkang mata buat kek dan biskut raya untuk rumah ni..jadi cik sakura dapat pengecualian untuk berada di dapur..tapi tak boleh berehat sangat..sebab bila kemas je ada je orang nak dapat sepahkan..jap lagi nak bagi diorang berendam dalam kolam plak..hehe..mandi puas-puas..

macam mana persediaan raya kawan-kawan semua..mesti tengah tolong mak kat dapur kan..abang-abang cik sakura pun sekarang dekat dapur..tolong papa bakar kambing dan pelbagai jenis daging yang lain..rumah cik sakura ni kalau apa-apa mesti daging kambing..menu wajib dalam rumah ini..hah terpulang la nak masak apa daging tu..dan yang rajin nak tolong buat persediaan daging kambing mesti la papa..

ok lah kawan-kawan..nanti cik sakura update blog kemudian nanti..betul ke esok raya..jeng jeng jeng..cik sakura nak sambung kemas plak..lepas tu nak temankan anak buah cik sakura mandi kolam..diorang ni bukan kira pagi petang siang malam asyik nak berendam je..haha..yang ngah potong daging buat rendang tu berhati-hati ye..nanti terluka jari..