-TIADA RASA..JULIA~~~


lamakan tak menulis kat sini..mungkin cik sakura kekangan masa atau terlalu banyak perkara untuk difikirkan..usia akan meningkat tak lama lagi..walau apa-apa pun cik sakura masih sayangkan tarikh itu..SWEET NOVEMBER..tapi lama lagi..nak menuju ke tarikh itu pun cik sakura terpaksa berdepan dengan pelbagai program..tidak kira dalam bentuk sosial mahu pun pendidikan..walaupun cik sakura kini dalam sektor pertanian namun sosial tetap di ambil kira..menteri nak datang sekali lagi..argghh..boring pulak penulisan cik sakura kali ini..

owh ye..TIADA RASA..ni antara lagu yang ada dalam drama JULIA yang tengah ditayangkan di TV3..semalam sempat jugak nak layan cerita ni..pastu keluar lagu TIADA RASA nyanyian aliff razali ft ika nabella..boleh tahan juga gandingan suara diorang ni..bila layan2 lagu ni macam ada kena mengena pula..part mana yang ada kena mengena tu..nanti tengok mana yang cik sakura bold kan..hmmm..sekarang memang tiada rasa walaupun cik sakura cuba untuk mencari rasa itu..

mungkin TUHAN maha mengetahui segalanya..hmmm..salam jumaat dari cik sakura..

TIADA RASA-aliff razali ft ika nabella

Tiada rasa di antara kita
Kau dan aku bersama bahagia
mencuba tuk merasakan cinta
tapi tak kurasa

Tak percaya kau tak rasa cinta
dan kau biar hati ku tertanya
getar rasa seakan sengsara
nafas tak terhela

Bila rasa tanpa ada cinta
Hanya kita tanpa kata kata
Biarlah cerita tentang kita
teman saja

Kita mungkin tak harus bersama
dalam rasa yang berada cinta
kuncilah sayang tak bermakna
teman saja

Tak percaya kau tak rasa cinta
dan kau biar hatiku tertanya
getar rasa seakan sengsara
nafas tak terhela

Ooooo tiada rasa..oooo tiada rasa

Bila rasa tanpa ada cinta
Hanya kita tanpa kata kata
Biarlah cerita tentang kita

teman saja

Kita mungkin tak harus bersama
dalam rasa yang berada cinta
kuncilah sayang tak bermakna teman saja

Tak percaya kau tak rasa cinta
dan kau biar hatiku tertanya



-GERAM bukan GARAM-

pagi2 cik sakura dah naik darah..dah la kita penat uruskan seminar peringkat kebangsaan..naik keja je dah mula buat perangai sorang NENEK ni..ee memang cik sakura geram tahap cipan kot..cik sakura kenalah tunaikan hasrat seorang sahabat cik sakura ni..dia suruh serah kad jemputan..ingat nak letak atas meja je tapi sahabat cik sakura suruh bagi

-degup JANTUNG TIZ ZAQYAH-

10 hari lagi rasanya nak sambut syawal..mungkin rata-rata persiapan telah dilakukan..cik sakura macam biasa mama yang akan uruskan segalanya..tepat jumaat petang cik sakura akan pulang ke utara..tak sabar rasanya..dan alhamdulillah ada sedikit ganjaran atau imbuhan yang akan diberi..tak salah berkongsi dengan kegembiraan orang lain bukan..tengok orang lain gembira sudah cukup untuk buat hati cik sakura tenang..

hampir setahun di sini..cik sakura teringat seseorang..rasanya tak jauh tempat kerja dia dengan cik sakura..kami dah lama terputus hubungan..mengingatkan kisah lalu tu perit rasanya..tapi cik sakura doakan kebahagian untuk insan ini..nombor telefon masih ada cuma agak sukar untuk berkata-kata..menjauhkan diri lebih baik dari timbul apa-apa musibah yang akan menjelma..cuma rasa terkilan masih ada..tapi apakan daya semuanya telah terjadi..

buat insan ini walaupun kita hampir tapi sukar untuk mendekatkan diri..mungkin ini yang terbaik untuk insan lain..walaupun kita berselisih mahupun berhampiran meja namun sukar untuk cik sakura mengungkapkan kata-kata permulaan..tapi jantung ini ada getarnya..opss dah macam DEJAVU DI KINABALU plak..tapi bila hampir dengan insan ini hati rasa lain..walaupun kakak cik sakura memaksa tapi biarlah..mungkin cik sakura sudah dilupakan..mungkin..

apa-apa pun cik sakura doakan yang terbaik untuk dia..owh ya..kalau empunya diri baca cik sakura nak sampaikan salam mama..undur diri dulu..