-menghitung WAKTU-


cik sakura masih lagi di pejabat..jangan cakap pasal kerja..kerja memang tak akan dan tak pernah habis..kertas pun dah menimbun atas meja..apa-apa pun cik sakura tetap kena selesaikan sedikit kerja sebelum cik sakura pergi bercuti..masa cuti memang langsung tak nak fikir pasal kerja walaupun bos cakap akan ada 2 mesyuarat yang melibatkan cik sakura punya bahagian..tapi nasib la..cuti cik sakura dah pun diluluskan..walau apa-apa pun cik sakura tetap akan bercuti..oyeah..

menghitung waktu untuk naik 'BELON'..hah tau tak belon tu apa..kalau dah tahu bagus la tapi yang belum tahu tu BELON adalah KAPAL TERBANG dalam bahasa sarawak..dah lama cik sakura tak pergi sarawak..kali ni nak cuti puas-puas bersama keluarga tercinta dan ahli baru dalam keluarga cik sakura..apa-apa pun cik sakura nak ucapkan selamat bergraduasi kepada mereka-mereka yang akan konvo atau telah konvo..sekarang kan musim konvokesyen..jadi cik sakura ke sarawak pun atas sebab urusan konvokesyen..melayang lagi duit cik sakura beli bunga..jeng jeng jeng..

apa-apa pun jom sambung buat kerja sambil layan kerepek pisang buatan orang kampung..memang terbaik..


-saya sangat SIBUK..sekian-


SIBUK sangat ke cik sakura ni..tak sibuk pun..kerja semua dah siap..tapi kena senyap.senyap..kalau bising kata kerja dah siap nanti ada orang tambah lagi kerja..bos cik sakura keluar..bos lain nak meyelit-nyelit bagi kerja..apa-apa pun cik sakura berkurung dalam bilik dengan penghawa dingi pada 27 darjah celcius..tak tahu kenapa hangat sangat kat luar..tadi masa makan tengahari memang tak rasa sejuk dari penghawa dingin..rosak kot..cepat-cepat masuk pejabat walaupun dah lebih pukul 2..apa-apa pun cik sakura masuk sebelum bos masuk..fuhh selamat..

nak pergi hospital esok..lepas tu hari rabu cik sakura ada mesyuarat dengan pengarah-pengarah atasan dari pagi sampai petang..lepas tu kena siapkan kerja untuk serahan kepada pengarah..khamis..yeay cuti..cik sakura akan bercuti..jadi akan ada mesyuarat yang tak dapat cik sakura pergi..tidak mengapa..bos lagi penting kan..kalau bos tak ada baru cik sakura ganti..lagi pun cuti cik sakura telah pun diluluskan..hah pengarah yang luluskan..takkan nak batalkan cuti cik sakura plak..mana boleh..

ke mana cik sakura akan bercuti..jeng jeng jeng..cik sakura akan ke sarawak..yehaa..dalam 5 hari cik sakura akan berkampung di kuching, sarawak..jadi pada orang sarawak, kamek mau makan mee kolok..nyaman..kitak orang mau belanja sik..hehe..dah lama tak makan umai..kawan-kawan pernah makan umai tak..umai ni macam sushi orang sarawak..aik sik rasa sik makan rugi kitak orang nya..oppss..klakar srawak tuk ya..cakap bahasa melayu plak..

jom sambung buat kerja jap..cik sakura nak buat air teh dulu..


-lembu punya susu sapi dapat nama-


ceh..agak berang juga hari ini..tapi cik sakura kan seorang yang penyabar..kalau 7 tahun boleh sabar takkan satu hari tak boleh sabar pula..apa-apa pun cik sakura memang kena sabar..adakah cik sakura ketagih dengan pujian yang tinggi melangit..atau perlukan perhatian orang ramai dengan melentokkan badan seperti cacing kepanasan..owh tidak..cik sakura bukan sebegitu rupa ye..tak kuasa mak nak jadi seperti itu..tapi apa boleh buat..yang penat cik sakura yang dapat nama orang lain..yang menunjuk ajar cik sakura yang dapat pujian juga orang lain..yang bersengkang mata cik sakura tapi yang dapat penghargaan orang lain..ko tikam aku dari belakang ye jemah..haha..

tak mengapa..ini adat dalam hidup..biasa la pujian takkan kekal buat selamanya bukan..pujian takkan bawak ke kubur pun..tapi sakit hati juga..sebab kita yang bersusah payah tapi orang lain yang dapat nama..ada sesiapa boleh ajarkan cik sakura jadi 'GEDIK' tak..hah teringin nak belajar gaya-gaya meliuk-liukkan badan ni..