tak banyak yang cik sakura nak cerita..cuma 2 perkara sahaja untuk hari ini..mungkin perkara ini terlalu subjektif..mungkin kawan-kawan ada pandangan tersendiri..mungkin juga pandangan cik sakura salah..atau mungkin sahaja kita berbeza pandangan dan pendapat namun halatuju yang sama..mungkin cik sakura hanya mengarut di pagi hari..jeng jeng jeng..
LUARAN
orang selalu menilai kita dari luar kan..betul..pandangan pertama itu penting terutama sekali ketika melangkah untuk temuduga..first impression is very important..haha speaking london gitu..tapi memang lumrah orang hanya menilai sekadar luaran sahaja..dan orang akan cakap melalui pandangan luaran sahaja..argh gosip..gosip yang dibuat melalu pandangan pertama dan secara rambang..orang yang tak melihat pun boleh membuat cerita..disamping menambah bahan perasa supaya cerita itu enak dan sedap untuk di dengar dan dihebohkan..manusia kan..luaran sahaja sudah cukup untuk mereka gambarkan siapa orang itu..yang baik mungkin boleh jadi jahat dan jahat mungkin terus orang perkatakan..namun yang merasa hanya mampu menelan walaupun tak berupaya..gosip yang melampau hanya mampu diamkan sahaja..nak je sumbatkan kasut tumit tinggi ini dalam mulut mereka-mereka itu..tapi hanya mampu bermimpi sahaja..
DALAMAN
inilah yang kita cari..luaran itu tak kekal..tapi dalaman itu akan kekal selamanya..ada seseorang berkata 'untuk apa saya berwajah cantik tapi pada hakikatnya tubuh badan saya sakit'..bukan untuk mengajar tidak bersyukur namun kesengsaraan itu buat kita mengeluh sendiri..walaupun kata-kata semangat senantiasa dihulurkan namun tubuh yang merasa itu kadangkala letih dengan atas apa yang terjadi..namun doa tetap diteruskan sebab menganggap ini adalah sebahagian daripada ujian TUHAN..dan kita sebagai umatnya harus akur dengan ketentuan ILAHI..adakah itu menjadi persoalan untuk diri cik sakura sekarang..TIDAK..sebab sekarang cik sakura keliru..jeng jeng jeng..luaran hanya lakonan dalaman pun cik sakura tak nampak..
p/s: macam pelik je..pelik tak kawan-kawan..


