-biarkan KENANGAN itu PERGI-

syukur alhamdulillah..cik sakura kini semakin tenang dan terus tenang..menghadapi dugaan yang bertimpa-timpa dalam kehidupan cik sakura..mungkin berkat doa mama papa dan kawan-kawan cik sakura sekalian..ya menerima segalanya dengan redha dan tanpa membiarkan sedikit air mata mengalir lagi..

walaupun cik sakura hanya memandang dari jauh namun hati cik sakura bersyukur kerana diberi kebahagian walaupun untuk seketika..itu sudah cukup memadai kan..biar pun satu kemenangan untuk pihak lain namun biarkan ia luput diingatan cik sakura..walaupun berat untuk meluahkan cukuplah sekadar mengingati detik-detik manis bersama..mungkin perasaan benci atau marah boleh berkurangan apabila tersenyum seketika..

apa-apa pun perhubungan yang terjalin walaupun atas dasar apa pun memang cik sakura tidak akan menjadi sebahagian daripada mereka..biarkan mereka bersama mengikut perhitungan mereka..itu sahaja..cuma dari jauh cik sakura mendoakan untuk mereka ini..biarlah perubahan yang cik sakura lakukan adalah untuk selamanya..

oleh itu biarkan kenangan itu pergi buat selamanya..jangan dikenang barang yang dah lepas..sekiranya mereka tersenyum kita juga patut tersenyum..sekiranya mereka gembira kita juga patut gembira..walaupun hati hanya TUHAN yang tahu..tapi kenapa nak hidup dalam kenangan yang menyakitkan..entah lah..


-mak bukak BUTIK PENGANTIN..kelassss..


selamat pagi semua kawan-kawan cik sakura..cik sakura ada mesyuarat pagi tadi..macam biasa bila dah sihat ni kerja-kerja kena la cik sakura uruskan sendiri..jadi lepas mesyuarat kawan cik sakura ajak pergi butik pengantin..nak ambil baju dia dan pasangan..ok la sementara cik sakura masih kelapangan masa boleh la cik sakura temankan..


tup tup tup kawan cik sakura kena buat minit mesyuarat pula..tapi dia dah janji nak datang ambil baju hari ini..jadi tak mengapa la cik sakura wakilkan ambil baju dia..kesian pengantin masih berkerja sehingga hari ini..majlis sabtu ini pula tu..ok cik sakura dah ambil baju dia pun..dah selesai satu kerja..

p/s: tengok butik pengantin macam best je tadi..terasa nak buka butik pengantin je..tapi mesti mama tarik muka..ahaks..paham-paham la mama risau tu..lalala..



-alkisah ABANG di BANK MERAH-


cakk..pe la cik sakura ni..masuk-masuk dah main cak-cak..ingat program AZWAN ALI ke..opps..ok-ok cik bagi salam ye..assalammualaikum..hah tak jawab dosa tau..aiyok tak tahu..lalala..takut tak..tak takut bikin takut juga ye..kalau tak cik sakura babap nanti..

cerita pasal BANK MERAH..bank apakah itu..jeng jeng jeng..nanti teka ye..cik sakura kul 4 petang tadi baru pergi bank..terpaksa rushing sebab dah nak kul 5..jap bank tutup pukul bape ye..ahaks..jalan macam tak pijak tanah je tapi bukan hantu tau..nak cepat punya pasal..last-last berjaya jugak masuk dalam bank merah itu..

alkisah cik sakura dah berjaya isi 3 borang..hah borang percuma tu..kan banyak..ambik je..mula-mula salah nombor akaun lepas tu salah nombor kad pengenalan lepas tu salah eja pulak..banyak je salah..kan dan membazir dakwat akak yang jaga kaunter pertanyaan tu..hehe..sambil isi borang ada seorang mamat ni sebelah cik sakura..nak tahu dia tegur apa 'EH SAMA LA UMUR KITA'..amboi nampak aja mamat ni walaupun tulisan cik sakura kecik macam anai-anai..hehe..tak kisah lah..senyum je..

ok sampai dekat kaunter ada lelaki yang jaga..'DIK SALAH ISI BORANG'..haha..salah lagi..pe la dalam fikiran cik sakura..penat pun ada juga..nak tahu cik sakura panggil lelaki tu ABANG..apa kesudahan yang cik sakura perolehi..jeng jeng jeng..

'TAK PE DIK ABANG ISIKAN BORANG INI UNTUK ADIK YE'

kan dah senang kerja cik sakura..mudahkan..hehe..terima kasih la ye..panjang pula entry kali ini..jom sembahyang magrib..