IPAR DUAI BERGADUH

 






Assalamualaikum wbt

lama cik sakura tidak menulis di ruangan ini

entah masih ada yang singgah di sini ataupun tidak

sekadar berkongsi rasa yang dipendam lama

kalini terasa ingin menulis atau menaip papan kekunci


alhamdulillah dikurniakan suami yang begitu penyabar walaupun dirinya sebenarnya orang yang baran

namun bukan bermaksud kalah cuma api sama api memang tidak akan menang sampai bila-bila dan akhirnya hangus membakar diri

tetapi keluarga 

ye kita kalau kahwin kena kahwin dengan keseluruhan ahli

cuma kalo xsedap kalo ahli keluarga ini sejenis mulut yang lepas dan prinsip aku wat ko boleh ko wat aku memang aku canang dengan semua orang

hati mana yang tak tahan

pendam punya pendam akhirnya cik sakura bersuara

sampai bila nak pendam

sampai cik sakura pertaruhkan perkahwinan sendiri

letih menghadap orang yang toksik

didepan baik dibelakang menikam

bila tidak suka seseorang berbincang ramai-ramai dan akhirnya tidak menyelesaikan masalah malahan bertambah buruk

saling perli memerli antara satu sama lain

isteri punya hal suami pulak yang tunjuk kepala

cik sakura dah mula bercerita dengan suami

andai kata sudah tidak tahan pulangkan lah semula cik sakura kepada keluarga

itu sahaja jalan yang terbaik...

-IM MARRIED-



alhamdulillah
dah lama ransaya tidak menulis di sini
permulaan hidup yang baru
sekadar nk bagitahu teman-teman yang pernah singgah di blog cik sakura
nk bagitahu
cik sakura dah berkahwin
happy kan
hmmm
sepaptutnya happy
ye kita kahwin dengan orang yang kita sayang
orang yang kita cita
sebuah perkahwinan yang semua orang impikan
ye cik sakura dah kahwin
tap sejak dua menjak ini banayak dugaan yang timbul
entah apa salah diri ini
sedih nak tulis kat cni
tapi 
mungkin ini medium untuk cik sakura luahkan apa yang terbuku di hati
sakit dugaan yang diterima
cik sakura ingatkan manis
ye
orang cakap awal2 memamng semua manis
tap awal2 ini mana manisnya
allah
kuatkan hati ini
nanti kita jumpa lagi ye..


- CINTA HATI NAK DATANG -


selamat pagi
hari ni cinta hati nak datang
minggu lepas tak dapat datang sebab urusan kerja
so family yang turun

jadi minggu ni cinta hati cik sakura pula datang
alhamdulillah
selain keluarga dan teman rapat
orang ini lar yang melihat keperitan dan kesakitan yang cik sakura alami hingga saat ini
orang yang melihat didepan mata sendiri cik sakura kehulur hilir organize majlis
dan orang ni juga yang melihat air mata cik sakura mengalir sebab terlalu penat
penat nak puaskan hati orang
penat nak puaskan kehendak orang
penat nak puaskan kemahuan orang
penat segalanya

tapi dia tahu cik sakura bila bekerja
kami tak pernah campur adukkan urusan kerja dan peribadi
bila bekerja ye berkerja
bila peribadi dating pun tak pandang orang keliling
langsung tak perasan kawan
walaupun duduk sebelah meja

itulah cik sakura dan cinta hati
kami baru bersama
tak declare dalam percintaan pun
cukup sekadar memahami isi hati dan saling melengkapkan antara satu sama lain
eh tak mahu berbicara panjang soal ini
kita lupakan sementara waktu ye

jumaat dijohor pagi ini
dimulakan dengan bacaan surah YAASIN
semoga hidup pada hari ini dirahmati ALLAH hendaknya
insyaALLAH..


- DUKA DI JOHOR -


Episod duka cik sakura tidak pernah berhenti
sentiasa ada hari demi hari
tapi inilah kehidupan
hidup mana yang tidak ada masalah
laut pun bergelora inikan pula manusia yang mudah rapuh

dah tak nak hormatkan cik sakura pun cik sakura tak kesah
bukan kita boleh paksa-paksa orang 
tapi kalo tak hormat sekalipun kerja atau tanggungjawab sila jalankan
ini tidak
dibuat sambil lewa dan langsung tidak pernah berubah

biarkan
cik sakura biarkan benda-benda ni berlalu pergi
keluarga..teman2 dan sahabat2 sentiasa ada menyokong dibelakang
alhamdulillah
betapa pahitnya azab yang cik sakura hadapi ini
tetapi mungkin ini sikit berbanding orang lain disana

kedukaan di johor
kedukaan di hati cik sakura..

jumpa lagi..


- DAH LUDAH JILAT BALIK -

kita jangan cakap sembarangan
kelak apa yang kita cakap tu kita sendiri akan buat
bak kata pepatah
DAH LUDAH JILAT BALIK
tu perumpamaan yang tepat untuk orang yang berlagak bagus
sangat bagus dengan kutukan, hinaan dan makIAN dan cacian
tapi semua tu dibelakang
bila depan senyap plak
diam membisu
hmmm

berbalik pada perumpamaan tadi
kes dia senang je
konon nak koyakkan surat kalo cik sakura yang sign
tetapi
tetapi yer encik puan
pagi tadi atas meja cik sakura ada surat permohonan cuti dari mangkuk hayun ni
layak kot di panggil mangkuk hayun
yang pengecut 
belakang berani depan penakut

ikutkan hati cik sakura tak mahu sign permohonan si mangkuk ni
mangkuk betul..


- HATI YANG KAU SAKITI -


allahuakbar
mencari ketenangan hati dan jiwa
dengan kepala yang berserabut dengan pelbagai masalah yang dicipta oleh orang lain
kalo dia sakit hati
hati cik sakura ni dah hancur luluh
kalo dia tak mahu melihat muka cik sakura
cik sakura berjuta kali tidak hingin melihat muka dia
jadi apa2 pada cik sakura pada 19 oktober 2016
mungkin cik sakura boleh terima lagi
namun jika sesuatu terjadi pada kedua ibu bapa cik sakura pada 19 oktober 2016
sekali ko benci melihat muka ini
berjuta kali
cik sakura ulang
berjuta kali aku benci melihat muka ko dan tak mungkin cik sakura memaafkan perbuatan tu
lantak
orang yang cik sakura tolang
ini yang cik sakura dapat
jangan biar kekerasan cik sakura keluar
hilang nanti semua kelembutan yang ada..
allahuakbar..


- GEGAR VAGANZA MUSIM 3 2016-


SIAPAKAH PILIHAN CIK SAKURA

>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

SITI SARAH




-KO PIKIR KO PUNYA HORMAT NAK AKU KIRA-

ALLAHUAKBAR..
mengucap panjang semenjak dua menjak ni
perangai manusia yang suka jatuhkan air muka orang
hentikanlah perangai sebegitu rupa
sampai bila kita nak harapkan orang paham kita
sampai bila kita asyik nak harapkan orang HORMAT kita..

minggu lalu cik sakura nasihatkan seseorang
walaupun orang tu jauh lebih tua dari cik sakura
dah pangkat bapak pun
cik sakura cakap tak semestinya orang muda kena hormat orang tua
pepatah atau statement
ORANG MUDA KENA HORMAT ORANG TUA
mungkin bagi cik sakura bagi zaman sekarang sudah tak praktikal lagi
adalah lebih baik kita saling menghormati tidak kira umur, jantina, kaum atau sebagainya

ye cik sakura nasihat seorang tua yang sudah berpangkat 'DATUK'
bukan datuk sultan atau raja bagi pun
tapi datuk yang tuhan bagi
alhamdulillah dah ada cucu 3 orang pun
cik sakura cakap perangai panas baran elok dikurangkan dan kalo boleh dibuang terus
perangai memaki hamun dikhalayak ramai
bukankah tidak elok
akhirnya dia terima nasihat cik sakura

nak tahu apa puncanya
senang je sebab kami dah hampir sebulan tidak bertegur sapa
cik sakura mabil pendekatan berdiam diri
macam diam diri ari blog
bersawang agaknya
tetapi cik sakura jauh sekali berdendam
kerja dalam satu jabatan satu bumbung tak perlu bergaduh
ye ke idok
tapi cik sakura tidak mahu isu berlarutan
benda boleh bawa berbincang
kan senah oiii..

ok dah tengahari
kita jumpa next entry kalo rajin...
daaaa..


-DI PINTU SYURGA-




Segalanya kaku

Hati terus menangis

Bila mengenangkan

Dirimu telah tiada

Kau pergi tanpa pesan

Tinggal aku sendiri

Menghitung hari
Tiada daya
Hilanglah sepi

(Korus)

Duhai kekasih hati

Katakanlah padaku
Bahawa semua ini
Hanya igauan mimpi

Aku tak sanggup kasih

Kehilangan dirimu

Walau sedetik rindu mencengkam
Terasa pedih

Ulang Korus

Doaku kasih kita bersua

Di pintu syurga













-DI PENJARA JANJI-





Hatiku digirisnya lagi 
Kali ini lebih dalam dan pedih

Kerna aku sudah berjanji

Dia cinta ku yang terakhir



Sungguh tak pernah ku menduga

Dia akan mengulanginya semula

Namun untuk menodai cinta
Dan membiarkan aku sengsara




Dia tempat ku sandar

Angan ku pendamkan

Satu percintaan
Yang bisa ku jadikan
Tangga-tangga ku ke pintu syurga
Meleraikan rindu




Mengecap bahagia

Yang kerap dimadah

Insan yang murni
Yang dah rasakan cinta
Yang aku... mimpi



-DRAGON EYES-



DRAGON EYES..   

Sebenarnya semalam baru makan buah mata kucing..tp makan jelar..tp semalam teringin nak tahu dalam english apa namanya..cuba google jap..rupanya mata kucing dalam english adalah DRAGON EYES..cik sakura hanya maklum dragon fruit atau buah naga..so which part yang mata naganya..hahahahadrogon eyes bleh jugak bermaksud buah longan..owh biji2 macam tu mata naga sebenarnya..even mata tu adalah mata kucing..weee

so pembelajaran baru walaupun dah tua..tapi proses pembelajaran tidak pernah akan habis sehingga akhir hayat kita..we still keep learning untill our last breath..am i right..owh cik sakura petik dari pokok je buah ni kebetulan melawat kampung..weee..buahnya tak sama macam orang jual kat tepi jalan..weee


-entry kosong-


entry sebelum balik..
seharian mengadap pc..buat apa..ntah lar..
kecelaruan berpikir namanya..
nak habiskan masa 30 minit untuk jam tepat kul 5
harini nak balik kul 5 coz ada tugas yg kena selesaikan diluar..
mood cik sakura xbape nk ok sebenarnya..
kecelaruan jugak ke..
haiyaa..
ok tak tau nak tulis ape lagi
rasanya itu aja
ok bai..
entry yang tiada pengisian


-JAUH TERBAWA LUKISAN HATIKU-


assalamualaikum..
dah lama tak menulis dekat ruangan ini..
mungkin kesibukan kerja mahupan kehidupan..
cik sakura agak keletihan dengan tugas-tugas semasa..
masih menyesuaikan diri ditempat baru..
owh cik sakura baru sahaja berpindah ke tempat tugas yang baru..
suasana baru..kakitangan sokongan yang baru..tempat kerja yang baru..kerusi meja yang baru dan serba-serbi yang baru..
namun cik sakura masih seperti yang dahulu..
masih mencuba dari kegagalan silam..
masih mengharapkan sinar dihujung mata..
owh..benarkah kata kawan-kawan cik sakura
'kalo kerja memang tidak ada masalah..
tp ko spoil satu benda je beb..
ko sendiri maklum..'
haish..pagi2 dah mengeluh..
bukan cik sakura minta untuk jadi macam ni..
xpernah pinta..
tapi mungkin ini ujian dan cik sakura harus akur..
tidak pernah salahkan tadkir..
moga penulisan kali ini berpanjangan untuk entry yang seterusnya..
hai korang semua..
salam perkenalan semula dari insan yang diberi nama CIK SAKURA...
salam..


-ADI PUTRA dan skandal-


aduhai..makcik2 kat luar ni duk cite pasal adi putra..siap ada skandal lagi..so hari ni cik sakura pun google lar pe yang makcik2 ni duk sokseksoksek..korang nk cakap xkan cik sakura tak kenal ADI PUTRA kan..heee..cik sakura kenal lar..artis malaysia sape tak kenal..semua cik sakura kenal..cakap je sape..confirm cik sakura kenal..ce tanya ce tanya..

cik sakura dah google tapi terlihat tak sepatutnya..hmmm..ok dah tak nak google lagi..sebab bagi cik sakura tu cerita dia..betul ke tidak hanya dia je tahu..walaupun cik sakura baru tahu sebenarnya..cik sakura tak baca surat khabar ke..mintak maaf ye adik-adik cik sakura sekarang baca emel je..emel pun emel keja..24/7 dengan keja..mana mama tak bising..

entri hari ni tiada nasihat pengalaman mahupun pengajaran..tapi pada adik-adik yang suka gosip2 macam ni hentikan lar ye..banyak benda faedah yang boleh kita baca..so mulai sekarang makcik-makcik dah tutup cerita pasal adi putra..suka bebenor tengok adi putra tayang dada ye mak jemah..heeee

ok nak sambung keja sat..ke korang nak tengok gambar adi putra tayang dada..sat ye..ce tengok kat bawah..

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


hahaha..beruk pun malu nak tengok tau..heee



-KAU KEJAM JENAB-


KAWAN
sape cakap kita kawan hanya untuk satu hari satu minggu mahu pun satu bulan..kita kalau berkawan mesti kalau boleh sampai hujung hayat.. tak ada orang nak berkawan kemudian bergaduh.. kan pelik namanya..tapi jangan lar mengikut hawa nafsu semata-mata kau mengungkapkan kata-kata yang menikam kalbu seseorang itu sekiranya bergaduh..

ketahui lar saudari bahawa mengatakan seseorang itu KEJAM adalah bagai meletakkan pisau dilehernya..dimanakah kekejaman beliau yang saudari maksudkan kejam itu..adakah beliau telah menodai seseorang..membunuh seseorang..menzalimi seseorang..cuba saudari jelaskan dimanakah kekejaman yang telah dilakukan..

jangan sesuka hati meletakkan kata-kata yang menghirs kalbu..kalau yang terima itu tak kesah memang masuk telinga kiri kelauar telinga kanan..itu pun kalau masuk lar..tapi jika saudari melemparkan kata itu kepada seseorang yang sensitif..maka insan itu akan berada dalam kemurungan..kenapa nak murung..yelar saudari cakap beliau kejam..suka-suka kau jenab nak cakap orang kejam..macam kau baik sangat..(isgtifar cik sakura istigfar)

cik sakura bukan ustazah bukan alim ulama bukan pakar motovasi bukan pakar kaunseling dan bukan cikgu penasihat mahu pun rakan pembimbing..cik sakura insan biasa yang juga punyai hati dan perasaan..cik sakura pun dah tua..tahu kenal yang mana baik dan mana yang buruk..dah dewasa harus lar matang,,bukan nak kahwin je kena matang..nak teruskan hidup pun kena matang juga..semua orang matang cuma tahap kematangan tu yang berbeza..

JENAB..
tarik balik kata KEJAM kau itu..kau buat orang terluka tau..terlaku hati terluka perasaan entah2 dia lukakan diri sendiri..kau apa tau jenab..kau cakap orang kejam pastu kau biarkan..tak baik ko jenab..tak ada manusia yang sempurna di muka bumi ini..kau nak marah sekali pun agak-agak lar bahasa yang kau gunakan..kau bukan tak ada pendidikan..yang kau sibuk nak ungkit sejarah hidup orang tu kenapa..kau dah cakap orang tu kejam kau ungkit sejarah hidup dia pastu kau siap cabar dia lagi..sekarang kau cakap dengan cik sakura
SAPA YANG KEJAM SEKARANG..KO KAN JENAB...

p/s: cik sakura tak ada hubungan apa2 dengan jenab..cuma perbuatan jenab sangat cik sakura kesali..


~~ENCIK SHAHID~~

Assalamualaikum..

Lama betul cik sakura tak menulis diruangan blog ini..kekangan masa disebabkan tuntutan kerja yang tidak menentu..pembahagian peruntukkan yang senantiasa ada perlu diagihkan..owh tidak..cik sakura di sini bukan untuk berbicara tentang duit, peruntukan, tender mahupun tuntutan tunai dari syarikat pembekal mahu pun kontraktor..bukan ye..

Hari ini mahu bercerita mengenai EN SHAHID..siapakah beliau..beliau yang cik sakura telah kenal hampir 2 tahun..en shahid bukan kekasih, tunang, suami, bekas kekasih, bekas tunang atau bekas suami cik sakura ye..beliau hanya kawan yang menumpang meja cik sakura..grrrrr..kenapa menumpang..awak xde bilik ke meja ke..grrrr (lagi sekali)

en shahid telah melakukan kesalahan yang besar..besar sangat..grrrrr..kesalahan apa yang beliau lakukan..tengok ye..

(en google punya gambar)

dia dah patahkan benda yang cik sakura sayang..xde benda lain ke nak main..habis nak sapu apa kat bibir ni..sireh..gambir..grrrrrrr



-Hari Lahir Sama Dengan Bos-


assalamualaikum..
bila EO masuk bilik cik sakura maknanya ada lar yang dia nak sampaikan..
ishhhh

EO : tahun ni sy macam nak cadangkan sesuatu untuk department ni..
cik sakura : hah ada apa ye EO cadangan yang bernas tu (xtahu apa2 lagi)
EO : apa kata hujung tahun buat sambutan hari lahir bersama..birthday awak kan sama dengan bos awak..
cik sakura : *&^%$$@$%^ ( cik sakura xmencarut ye..cuma jerit dekat EO dengan kata2 yang lawak)
EO : hahahaha..

EO siap panggil kawan cik sakura untuk pastikan department wat together-gether majlis hari lahir kami berdua..memang tak la..kenapa cik sakura tak nak sambut bersama..ala bos cik sakura ni satu bangunan kenal perangai dia..kira perangai dari segi kerja lar (ishh tak baik mengumpat)..tapi cik sakura memang taknak..silap-silap haribulan memang sambutan tu akan dikenang sampai bila-bila...

geram plak dekat EO ni...


rindu mama


salam..

perjalanan hidup cik sakura kini sememangnya belum jelas..masih mencari sesuatu..bukan tidak bersyukur dengan apa yang ada cuma sekarang mencari sesuatu untuk saling melengkapi..andai kata telah tersurat dan tertulis maka cik sakura akan terima dengan redha..jika tidak mungkin ini salah satu ujian dari NYA..

sibuk dengan perjalanan hidup kadangkala buat kita alpa dengan apa yang ada disekeliling kita..walhal ianya sudah berada di depan mata..mama..hidup adik amat sukar kali ini..tiada air mata yang mampu mengalir namun hati adik terlalu sakit dengan kehidupan sekarang..berjauhan dengan mama bukan langkah yang bijak namun adik terpaksa..mungkin mama lebih mengerti siapa diri adik sebenar..

rindu mama..

wassalam..


-MAHARAJA LAWAK MEGA 2012-



dah minggu ketiga rupanya..cik sakura baru nak tengok..nampak sangat balik rumah tak tengok tv..cik sakura sekarang balik lambat..dah malam baru nak balik..sekarang cik sakura sibuk sikit..banyak peruntukan baru untuk projek-projek tahu hadapan..kena siapkan skop dan spesifikasi projek dengan lebih terperinci sebelum sebut harga dikeluarkan..nampak gaya memang tak lena tidu cik sakura..

JOZAN..cik sakura suka pulak nak layan lawak jenaka dari mereka berdua ni..harap-harap diorang berlawak dengan perkara yang baru dan konsisten setiap minggu..baru lar peminat sanggup mengundi undi mereka..

cik sakura minat siapa?? jeng jeng jeng..biarlah rahsia..lapar..nak balik makan tapi meja berterabur dengan kertas kerja..banyak pula..hmm..nak duit berlonggok bukan senang..kena ada usaha dan penat lelah..baru berhasil ye adik-adik..duit yang berlonggok itu pun belum tentu bawa kebahagiaan..jadi dalam hidup ini kena seimbangan antara dunia dan akhirat..

sekian daripada ustazah robbbbbbeah..semoga berjumpa lagi..assalamualaikum..


-HITAM PUTIH KEHIDUPAN-



Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

-sheila majid-