lama cik sakura tidak menulis di ruangan ini
entah masih ada yang singgah di sini ataupun tidak
sekadar berkongsi rasa yang dipendam lama
kalini terasa ingin menulis atau menaip papan kekunci
alhamdulillah dikurniakan suami yang begitu penyabar walaupun dirinya sebenarnya orang yang baran
namun bukan bermaksud kalah cuma api sama api memang tidak akan menang sampai bila-bila dan akhirnya hangus membakar diri
tetapi keluarga
ye kita kalau kahwin kena kahwin dengan keseluruhan ahli
cuma kalo xsedap kalo ahli keluarga ini sejenis mulut yang lepas dan prinsip aku wat ko boleh ko wat aku memang aku canang dengan semua orang
hati mana yang tak tahan
pendam punya pendam akhirnya cik sakura bersuara
sampai bila nak pendam
sampai cik sakura pertaruhkan perkahwinan sendiri
letih menghadap orang yang toksik
didepan baik dibelakang menikam
bila tidak suka seseorang berbincang ramai-ramai dan akhirnya tidak menyelesaikan masalah malahan bertambah buruk
saling perli memerli antara satu sama lain
isteri punya hal suami pulak yang tunjuk kepala
cik sakura dah mula bercerita dengan suami
andai kata sudah tidak tahan pulangkan lah semula cik sakura kepada keluarga
itu sahaja jalan yang terbaik...